Wednesday, November 3, 2010

Aku ingin diuji...

     Sukar benar jari-jemari menaip bait kata di sini, bukan kerana letih dan lesu menjadi alasan tetapi dek kurangnya pengalaman diri untuk dikongsikan bersama. Ujian?? siapa yang suka pada kalimat ini? hatta nak menjawab exam pun sesuatu yang sering dikeluhkan (waktu2 begini) inikan pula ujian hidup yang menimpa... Namun apabila difikirkan terasa ingin benar ditimpakan ujian biar diri kembali sensitif, agar diri sentiasa termuhasabah. Tidak adakah ujian dalam hidupku pada minit dan saat kumenaip kata-kata ini? ADA ujiannya, cuma diri tidak sedar telah memasuki perangkap ujian. tapi ujian kecil barangkali. tidak akan mudah untuk sedar ujian yang abstrak.

      Ujian apa yang kau minta sebenarnya?.....aku inginkan ujian yang benar-benar menguji keimananku, keyakinanku pada Allah, Tuhanku yang maha pengasih. Kini kau belum diuji tapi minta diuji. Tidakkah kau tahu ujian keimanan tu sangat berat untuk kau hadapi.

       Kusedar Allah lebih mengetahui segalanya.....kini saatnya kau belum sesuai diuji kerana tahap keimananmu belum mencukupi. Allah menyayangimu, Dia berikanmu masa untuk segera kau pertingkatkan imanmu. Agar ujian yang lebih besar dapat kautangani dengan kekuatan iman dan keyakinanmu terhadap Allah...Benar Allah lebih tahu bila sampai masanya. Semoga diri ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmat dari-Nya.


    Suka benar untuk dikongsikan nukilan dari seorang ukhti yang amat dikagumi. silalah membacanya:


HARGA SEORANG DAIE



Diriku dan akhawat,

Tatkala engkau berbaiah utk menjadi daie dihadapanNya,
Sadarlah, engkau telah mewakafkan segala apa yang kau ada untukNya,
Engkau telah mewakafkan duniamu untukNya..


Atas kasihNya pada dirimu, 
Dia telah pinjamkan kenikmatan dunia dan perasaan padamu,
Dia telah kurniakan secubit kesenangan buatmu.
Dan ketika engkau berserah diri pada jalanNya,
Siapkanlah dirimu, kukuhkanlah peribadimu
Kerana Dia berhak mengujimu,
Dia berhak mengambil semula pinjaman tersebut,
Kerna itu semua miliknya
Dan Dia berhak..


Diriku dan akhawat,

Kehidupan seorang daie terlalu indah,
indah diselaputi kemelut dan ujian
kerana Dakwah yang benar
adalah Dakwah yang diuji dengan mujahadahmu
tidaklah dikatakan Dakwah andai dirimu masih mampu bersenang-senang,
masih mampu mengitung harta, masih mampu menghitung waktu lapangmu.
kau akan diuji sehingga Allah benar2 mengerti bahawa inilah Peribadi Pejuang kesayanganKu,
"Mereka diuji dan mereka redha dengannya dan Aku akan menyintai mereka"
(Hadith)



Mahalnya menjadi golongan hawariyun tidak tertaksir dengan nilai duniawi,
Peribadi jundullah bukan sebarangan peribadi,
waktu dan aktivitinya adalah dalam hitungan pandangan Allah
Wallahi, 
kami mahu jadi seperti itu hingga ke akhir hayat kami.
Ampun dan maaf kami pohon pada Rabbuna Rabbus sama' watiwal ardh,
Kami hinakan diri kami di atas kemulianMu,
demi menjadi hamba yang kau adakan tempat di sisiMu kelak
Amin.



  

0 comments:

Post a Comment