Friday, December 28, 2012

Catatan Tarbiyyah 3

Sesuatu menyedarkan aku
seringkali bicara tentang redha
namun bila berhadapan satu saat yang sulit
antara impian dan realiti
aku selalu memilih impian

impian itu perlu
tapi jangan bertuhankan impian
kerana saat ini aku berjalan dalam realiti
realiti sedang berlaku
impian sepertinya masih di awangan

akhirnya aku akur
aku harus redha
dari permulaan langkah pertama
hidup ini telah tercatat
redha dan murnikanlah impian
jika dahulu impianmu berdasarkan kecintaan individu
kini impianmu adalah kerana kecintaan pada mereka

siapakah mereka itu?
Ya, pastinya untuk ummah

kerana kita harus jadi

RAHMATAN LIL 'ALAMIN


Aku meminati bidang teknologi atau lebih dekatnya pada jurusan teknikal, kejuruteraan atau perkomputeran. Hal ini terpendam sejak di bangku sekolah menengah, namun ketika itu, aku masih keliru. Belum punya matlamat jelas untuk kehidupan, akhirnya memilih bidang yang kurang diminati Sains Tulen. Tambahan lagi, kelas yang diduduki adalah bagi pelajar-pelajar yang cemerlang pelajaran sewaktu PMR.....
sampai habis belajar, aku tidak menjiwai sepenuhnya, masih keliru, untuk apa sebenarnya semua ini?
mungkin bagi insan sepertiku, memerlukan suasana yang stress untuk cemerlang,
kerana pengaruh luaran amat mengesankan.
akhirnya, terpilih masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang yang bukan Sains, sebaliknya kerana satu-satunya subjek yang mampu skor tinggi.
bukan itu sahaja faktornya,
selainnya aku adalah orang yang paling takut pada pengaruh yang asing dalam hidupku,
jadi, kerana memilih zon selamat, aku menerima tawaran universiti tersebut,
sedang impian lama hanya terpendam dalam lubuk jiwa.

kini, jiwaku kadang meronta,
masih mencari-cari sinar harapan untuk kulunaskan impian lama...
tapi peluangnya tipis.

seakan seminit dikurniakan kesedaran,
teruskan perjuangan pada apa yang di depan mata.
kerana semua itu pasti bukan sia-sia.
telah menjadi takdirNya untuk diriku,
dan aku memerlukan D n T ini
dan tuntutannya memerlukan aku untuk terus cemerlang
dalam bidang kini

Ya, Jurusan Bahasa Arab,
tak semua orang boleh menguasainya
perjuangan harus diteruskan sehingga ke titisan darah yang terakhir

Allahummansur dakwatana!

Thursday, December 27, 2012

Catatan Tarbiyyah 2

Aku ingin menjadi seperti ukhti I
yang bicaranya lembut mendamaikan jiwa
aku ingin menjadi seperti ukhti H
yang selalu menghargai dan menghormati
aku ingin menjadi seperti ukhti A
yang tingkahnya ikhlas setiap ketika
aku ingin menjadi seperti ukhti F
yang berprinsip dan teliti
aku ingin menjadi seperti ukhti H
yang bermatlamat jelas untuk hidupnya
aku ingin menjadi seperti ukhti K
yang tabah dengan kekurangan dirinya
aku ingin menjadi seperti ukhti Y
yang selalu rendah hati dengan apa yang dimilikinya

mereka insan luar biasa yang pernah hadir dalam hidup
tidak rugi berqudwahkan orang-orang terdekat
kerana sahabat yang baik itu
adalah sahabat yang mendekatkan kita pada Allah

^_^ luv antunna Fillah.


Friday, December 21, 2012

Catatan Tarbiyyah siri 1

Dalam kiraan tahun, perjalanan tarbiyyah ini sudah saya kira lama. Ya, 5 tahun diperkenalkan tarbiyyah di bumi Taman Ilmu dan Budi. Sudah tidak terkiranya wasilah tarbiyyah yang diikuti, daurah, mukhayyam dakhili/ khoriji, qiyam, iftar, taalim... komitmen? jangan kata, sayalah orang yang tidak ada alasan untuk tidak hadir.

Ya, semakin lama, semakin fikrah itu jelas. Saya memerhatikan proses tarbiyyah ini, kadang senyum sendirian bila teringat zaman-zaman awal tarbiyyah, macam Umar ketika teringat zaman jahiliyyahnya. Ya, jahilnya saya bukanlah tahap seperti zaman gelap sebelum Islam, tapi saya jahil pada dakwah dan tarbiyyah kerana lahirnya saya sudah dalam biah yang baik, cuma soleh tapi tidak musleh...

5 tahun, satu angka yang sedikit sebenarnya, tapi dikira banyak bila saya sebagai seorang pelajar dan mengikuti satu cabang tarbiyyah di sini. Namun, banyak yang saya kesalkan pada diri sendiri, tetap belum disiplin pada mutabaah ibadah! T_T...bersambung lagi~


Friday, January 20, 2012

TI-CU YANG SEM-O


Cuti yang osem
bila masak-masak osem bersama akhawat
[terpengaruh dengan APG]

Begini ceritanya...
semalam ada terbaca sebuah hadith dalam majalah SOLUSI 

Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, 'Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'
"Allah berfirman, 'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.' Kemudian mereka mendatangi sauda)ranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.'

"Allah berfirman: "Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: ' Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)."

(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)

sangat terkesan dengan hadith ini
perbincangan utamanya ialah tentang iman, walaupun sedikit tapi ia mampu menjadi pelepas dari azab neraka.

YANG SAYA TERSENTUH
ialah perbicaraan tentang sahabat
bilamana mereka yang telah mendapat syurga
tidak lupa pada sahabat yang pernah berjuang bersama
mereka sanggup berbantahan di hadapan Allah
sanggup merasai bahang panasnya neraka
hanya kerana mahu membela SAHABAT mereka!
Subhanallah...



inilah sebenarnya yang dijanjikan Allah buat kita
bila melepaskan nikmat dunia hanya untuk berjuang di jalannya
biarpun jumlahnya sedikit
tap merekalah SAHABAT SEJATI

Duhai sahabat (akhawat),
Mungkin saya bukanlah calon penghuni syurga
mungkin saya bukanlah orang yang boleh membela antunna
tapi saya tahu dan pasti
antunna takkan pernah lupa
bahawa kita pernah menempuh jalan ini bersama-sama


Jom lihat hasil pur-da sem-o mi-ka =)


[dapur osem]

Yang ini pula lang-du wah-khuw-u =)



[dulang ukhuwwah]

Sekian dari saya buat akhawat yang O-S-E-M. =)

Wednesday, January 11, 2012

Tarbiyyah Dzatiyyah


sistem itu berjaya bila
TARBIYYAH DZATIYYAH
telah melebur dalam kehidupan kita

jika belum
maka selamanya kita tidak dapat lari darinya

jika dahulu kita dimutabaah
kita mampu menyempurnakan KPI harian tersebut
tapi kenapa sekarang tidak?
seharusnya kita lebih memaksimakan amalan-amalan tersebut
kerana saat ini kita sangat perlukan bekal itu

bukankah semakin teguh dan kuatnya ikatan kita dengan Allah
semakin bertambahlah kekuatan cinta kita dalam jalan ini
semakin kuatlah iman dan aqidah kita

kerana apa yang menjadikan kita berhati-hati
bila kita mengawasi setiap perilaku harian kita
kita benar-benar menyedari muraqabatullah
dan kehadiran Malaikat pencatat yang taat melaksanakan tugasnya

Saiyidina Umar r.a pernah menakrifkan TAQWA
"Ianya adalah seakan-akan kamu meniti jalan yang penuh liku dan duri"
maknanya?!
setiap mm, cm, inci, meter dan kilometer amalan itu
seharusnya tidak terlepas dari koreksi kita seharian
bagaimana juga bila kita mengaitkan kekeringan hati
dengan dosa dan maksiat yang telah menjadi santapan
maka, jalankanlah 'IQAB (hukuman) terhadap diri sendiri
agar kita boleh meng'انضباط'kan diri
dan semoga amal akan berterusan
membasahi iman...
*انضباط- disiplin
*KPI- Mutabaah Ibadah
*Tarbiyyah Dzatiyyah- pembinaan diri yang dilakukan secara mandiri 

----------------------------------------------------------
sering kalah dalam mujahadah, mahu pastikan azam yang pernah terungkap bisa ditunaikan! Amin... mohon didoakan.

Tuesday, January 10, 2012

ALLAH LOVES YOU


kenapa kita selalu akan memililh barang yang berbungkus dan bersalut plastik berbanding yang terdedah,
sebab bagi kita barang tu masih belum diusik dan ianya masih fresh dan baru.
ketika membeli buah Lai juga, kecenderungan kita lebih suka pada buah lai yang dibungkus

begitulah yang dikatakan barang yang baik,
dan itulah juga sebabnya Allah menyuruh kita TUTUP AURAT
sebab DIA sayang pada kita
itu merupakan harga diri yang termahal

Kalau kita tak sayang diri kita
murahnya harga kita bila membiarkan MATA-MATA kumbang menjeling
sedangkan kecantikan itu hanya untuk si kumbang TERPILIH
bukan kumbang-kumbang jalanan

Wahai muslimah
sayangilah diri kita
SAYA JUGA SAYANG KAMU SEMUA
janganlah menzahirkan yang tidak sepatutnya
sungguhpun saya tidak berbuat
tapi saya juga rasa malu bila
mata-mata yang TIDAK TUNDUK itu memandang kamu

Thursday, January 5, 2012

Bagaimana bisa cinta?!




Harapan kami
di akhir pertemuan ini
sudilah kiranya Engkau menatap wajah kami
kerana pertemuan ini
adalah cita-cita tertinggi selepas maligai Firdausi yang abadi

semua yang dijanjikan syurga
pastilah pengakhiran hidupnya yang Husnulkhotimah
bagaimana kami bisa seperti itu
bagaimana mahu menjamin diri kami di pengakhiran yang baik ini?

Jawapannya hanya pada amal yang dilakukan
Bagaimana bisa kami mengekalkan amal soleh?

Kau jangan sendiri
jadi,
kami harus kekal dalam kafilah ini?
Ya...
bagimana kami mahu kekal jika UKHUWWAH itu sangat sulit dilakukan?
kerana yang sulit itulah jawapan untuk liqo'mu nanti

orang yang berkasih sayang itu
hanya orang yang diberi rahmat oleh Allah
dan mereka ini ialah orang yang BERIMAN
dan orang yang beriman itu
sentiasa menjaga keTAATannya kepada Allah dan Rasul

maka kami harus pertahankan ruh ukhuwwah ini
kerananya, kami bisa berjumpa dengan RABBULJALIL

Kami rindu Allah
bagaimana bisa kami katakan ini?

kau rindu bila kau ada CINTA
bagaimana kami bisa cinta kepada-Nya?
orang bercinta bila dia kenal orang yang dicintanya
jadi 
kami harus mengenal Allah

bagaimana bisa kami cinta bila Allah itu Pemarah?
bila kami salah, hanya hukuman dan bala sahaja dibalas

cukuplah,
kau kenal Dia dengan satu sifat yang tidak selayaknya
sedang Pada-Nya ada 99 nama
pernahkah kau dengar?
bila Dia cinta hamba-Nya maka dia akan diuji
maka setiap ujian yang kau timpa
tanda bertambahnya cinta-Nya
jadi
kami harus katakan ini
cinta Allah telah menghampiri
sejak di awal kesempitan yang kami hadapi

maka HUSNUZZHON itu perlu ada
kerana Allah bilang
Ana 'Inda Zhonni Abdi Bii

bagaimana mahu rasa bahagia bila bercinta?
kami harus TADHIYYAH
bukankah bahagia bila kau bisa memberi sesuatu
khasnya buat yang tercinta
jadi
cinta perlukan pengorbanan
dan ini merupakan janji kami pada YANG TERCINTA


*sisipan dari Mahabbatullah oleh Pak Marfendi (Padang, Sumatera Barat Indonesia 180411)



Sunday, January 1, 2012

AUKU MENGANGKAT KUALITI MAHASISWA


Melalui beberapa pembacaan yang sedikit, saya memahami AUKU ditubuhkan untuk melahirkan mahasiswa yang fokus terhadap pembelajaran  mereka di institusi pengajian tinggi. Dengan mempergunakan alasan bahawa mahasiswa menggunakan wang rakyat untuk pendidikan mereka, dan kerajaan pula bertanggungjawab memastikan para pelajar institusi pengajian tinggi ini tidak menghabiskan masa mereka dengan melakukan demonstrasi-demontrasi jalanan, berpartisipasi dengan badan-badan politik sehingga mengabaikan pelajaran dan mensia-siakan wang rakyat.. Hasilnya, sebuah akta undang-undang digubal bagi menyekat kebebasan pelajar melebihkan aktiviti luar mereka berbanding dalam kampus sendiri.


“Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.


Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:


- penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan


- penggabungan di antara badan-badan pelajar.”

-Wikipedia-


Jika mengikut kiraan, sudah 17 tahun sudah akta pindaan ini diperkenalkan, namun sudahkah cukup membanggakan pencapaian para intelektualiti graduan-graduan yang telah dilahirkan oleh institusi-institusi pengajian Negara kita?

Jika hasilnya, betapa ramai graduan yang masih menganggur di luar sana, dek kerana mengharapkan panggilan dari badan-badan kerajaan untuk bekerja dengannya. Wawasan pemikiran telah lama tumpul, yang diharapkan hanya mendapat kerja tetap di badan kerajaan, beroleh wang pencen sesudah tamatnya tempoh khidmat, menyara keluarga dengan wang pencen, menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah sendiri  tidakpun di rumah orang-orang tua. Kualiti manusia beginikah yang ingin kita bentuk untuk mencapai wawasan 2020?

Di manakah lagi akan lahirnya masyarakat yang berdikari sendiri, dalam masa yang sama dapat bersama-sama membantu kerajaan menaikkan ekonomi Negara, bukan dengan hanya makan hasil usaha orang lain. Sebenarnya, kualiti manusia apa yang dicari-cari?

Kita sudah hilang nilai manusia penyumbang, yang kita ada hanyalah manusia yang suka dengan sogokan dan huluran. Tiada yang meletakkan erti hidup pada sebuah pemberian. Kita lebih mahu menerima berbanding memberi. Kerana dengan menerima, kita rasakan hidup kita selesa, tidak perlu susah-susah memikirkan masalah orang lain. Pemikiran kita hanya dalam sebuah ruangan kotak yang sempit.

Begitulah, hasil dari sebuah sekatan kebebasan bersuara kerana darinya juga potensi pemuda yang berfikiran luas dan berani untuk tampil menyuarakan hak terkubur di tengah-tengah arus kebangkitannya. Dari sudut Rabbaninya, undang-undang Allah itu sudah ada ketetapan yang tidak boleh diubah, namun bagi kita manusia, kenapa undang-undang buatan secara teorinya boleh diubah, kerana manusia itu tidak sempurnanya 100%. Jika dilihat ia telah menzalimi hak, maka secara darurinya, menyekat kemudharatan yang besar itu lebih baik daripada wujudnya manfaat yang sedikit. Setakat ini, tidak nampaknya akta ini memberi manfaat yang besar untuk Negara, kerana yang dilihatnya rata-rata kualiti mahasiswa yang ada pada hari ini masih lagi banyak menghabiskan masa di Wangsa Walk, Bukit Bintang, KLCC…. Yang lebih teruk bila terlibat dengan masalah-masalah sosial yang bukan sahaja menjatuhkan imej institusi pengajian tinggi malah menyebarkan virus-virus bahaya pada nilai moral masyarakat sendiri. Jika lebih banyak lagi penangkapan mahasiswa yang dibicarakan atas akta ini, lebih tercalarnya imej polis-polis Malaysia yang semakin digelar pengganas, lebih buruknya tanggapan rakyat terhadap kerajaan sendiri kerana tidak dapat mempertahankan keamanan sebuah Negara, maka jika AUKU lah punca utamanya, kenapa tidak dibubarkan sahaja akta ini? Masalah besar Negara kini bukanlah untuk  menghadapi mahasiswa yang kononnya berhati sekeras batu kerana ketidaksetujuan mereka pada akta yang satu ini, tetapi, lihatlah kualiti pemuda-pemuda kini yang sudah semakin kurangnya wawasan hidup mereka, hanya mencari keseronokan dengan berpartisipasi dalam konsert-konsert yang menjulang artis-artis berbanding para ilmuan.

Jika alasan utamanya, pelajar akan mengabaikan pelajaran apabila terlibat dengan politik di luar, saya tidak akan bersetuju kerana lebih banyak faktor lain yang menyumbang pengabaian mahasiswa terhadap pelajaran antaranya seperti penganjuran konsert-konsert artis tempatan dan luar Negara, lebih banyak kelab-kelab hiburan dibiarkan beroperasi, tidak mngehadkan pembukaan pasaraya-pasaraya yang menyalurkan wang Malaysia ke luar, keterbukaan badan penapisan filem terhadap pengeluaran filem-filem ‘favourite’  masyarakat, kewujudan acara-acara perlawanan bola sepak yang tidak henti-henti,( tanpa sedar, kita lebih mengangkat para artis dan atlet itu di kasta yang paling tinggi berbanding para ilmuan) dan inilah perkara-perkara yang lebih banyak memberi kemudharatan pada nilai moral dan bangsa kita. Namun, mengapa ianya tidak pula disekat?!

*tulisan ini adalah pendapat penulis sendiri. Penulis bukanlah orang yang bertauliah membicarakan isu demikian kerana pengetahuan yang terbatas, pembacaan yang tidak meluas, hanya sekadar menulis apa yang dirasakan dan diamati dari pemahaman yang cetek.  

Tahun Baru?!

Sedar tak sedar sudah masuk tahun baru masihi rupanya
Bagaimana boleh terlupa pada satu hari yang besar
bukan besar kerana apa,
kerana bagi jiwa orang-orang yang bersungguh dan serius dengan masalah umat,
dia takkan lupa hari-hari yang menyumbang sesuatu yang besar dalam kuantitatif hasil dosa noda masyarakat..

Aduh, termuhasabah seketika bila seorang ukhti berkata,
"kita tidak mahu fikirkan atau buat apa-apa untuk malam ni*?"
Ya, peluang-peluang kemungkaran mungkin berleluasa pada malam ini
malah, saya pula hanya sedap-sedap menghirup kuah tomyam ayam dengan bahagianya

Andai kembali di zaman Rasulullah saw dahulu,
seorang pejuang pernah melepaskan saki baki kurma yang dimakannya
hanya semata-mata keinginannya meraih syahid
dan saya,
hanya membiarkan peluang-peluang kebaikan itu berlalu...

di awal tahun ini telah terlepas peluang tersebut
moga masih dikurnia masa dan kesihatan untuk melakukan amal kebaikan U_U