Friday, November 26, 2010

aku berubah atau mereka?


bertahun sudah tidak kujejaki tempat yang banyak berjasa
suka duka hidupku yang tidak pernah hilang dari ingatan
malu, rasa rendahnya diri tatkala itu
kerana  hidup umpama lelalang
hanya ikut liang-liuk tamparan angin

tahun demi tahun
diri kian terbentuk
keberanian baru terpupuk
baru rasa penghargaan

akukah yang berubah atau mereka
di hatiku masih tersemat persahabatan dulu
tapi mereka....

aku rindu saat dahulu
tapi ku lebih menyayangi waktu kini
maafkan diriku
aku bukan menjauh bahkan kumenyayangi mereka
ingatanku tidak kan pernah berubah
aku ingin menghampiri
tapi mungkin bukan lagi seperti dahulu
Ya Rabb..beriku kekuatan untuk ini

Friday, November 19, 2010

Coretan Aidiladha


Hari ni hari ketiga setelah dipertemukan dengan Aidiladha sekali lagi. Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan hari pertama hari raya diizinkan Allah untuk menunaikan solat hari raya bersama semua ahli keluarga kecuali seorang adik yang nun kat perantauan sana tu. Kesian, tak dapat tiket nak balik beraya. "Lain kali beli awal2 ya tiketnya cek abang, dok jauh2 ni susahla kalau on the spot baru nak beli..." . teringat malam raya hari tu dok pujukla adik sorang ni nak bawa sembahyang raya esoknya.

Aku    : Man, sok kita gi sembahyang raya tau.

Man    : (sambil menutup mukanya dengan kain selimut kesayangan dia (selimut bucuk))

Aku    : Jomla Man.

Man    : Ala. Mar tak da. Tak naklah. Hari raya lepas kan dah pergi (Raya Aidilfitri).

Aku    : Tu raya Aidilfitri la Man, lain, tak sama. Raya tu untuk orang pose, ni raya korban. Nanti kan Man nak tengok lembu.

Man    : Sama ja la, raya juga. Dua2 pun raya.

    Susah benar nak pujuk budak sorang ni. Tapi, alhamdulillah esoknya dengan baiknya ummi mengejut budak manja yang satu ni. Kalau pagi2 tak meragam, takdela susah nak ajak pergi solat raya.

    Bila berbicara mengenai hari raya Aidiladha, pasti hanya gambaran lembu, kerbau, kambing yang akan disembelih. Tak sah pula kalau tak ada binatang-binatang ni menyerikan raya. Begitulah yang difikirkan kebanyakan orang, namun di sebalik pensyariatan ibadah sembelih ini, terdapat suatu peristiwa yang pernah tercatat dalam sirah kenabian. Saat Allah menguji seorang hamba-Nya yang soleh dengan ujian yang sangat berat. Mana mungkin seorang anak yang disayangi disembelih oleh ayah sendiri, tetapi itulah yang dialami oleh nabi Allah Ibrahim ketika mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih anaknya nabi Allah Ismail melalui mimpi. Walaupun berdepan dengan ujian berat ini, Nabi Ibrahim menuruti perintah Allah ini dengan disokong juga oleh anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah dalam surah as-Soffat: 102.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Namun berkat ketaatan hamba Allah ini, Allah berfirman lagi ayat seterusnya,

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,
(yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim."
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.


    Begitu lembut ayat-ayat Allah bercerita. Hanya kita sahaja sama ada ingin mengambil pengajaran atau tidak. Lembutkanlah hati dengan bahasa al-Quran, mentadabburinya sesuatu yang harus. Bagaimana pula dengan adik-adik kita hari hari ini? Kuatnya arus pengotoran minda dilakukan oleh para musuh Allah sehinggakan mereka tidak berminat untuk mendengar atau menonton kisah-kisah al-Quran yang membawa pengajaran.

    Kepulanganku kali ini dengan persediaan beberapa video untuk tontonan adik, kisah "Muhammad Utusan Terakhir" berjaya menarik hatinya untuk duduk di depan laptop selama sejam lebih. Kadang-kadang kita perlu mengubah cara untuk menyampaikan Islam buat generasi kecil molek ni. Mereka tidak akan berminat dengan hanya bercerita dan bercerita. Sambil menonton bersama, kucuba bertanya mengenai kisah kekasih Allah ini dan para sahabat. Sedih, ceteknya pengetahuan adik2 kita kini berbanding ketika aku sewaktu di zaman sebaya mereka. Sudah kuhafal setiap nama-nama peperangan yang berlaku dan kisah Hamzah yang dimamah hatinya oleh Hindun juga sesuatu yang biasa didengar. Lain pula bagi adik-adik kita, hanya menggelengkan kepala. Salah siapa dalam hal ini? Para pendidiklah yang mencorakkan diri anak2 ini. Kadang-kadang kata guru lebih didengari dari kata ibubapa sendiri.

    Betapa pentingnya kita menyiapkan diri dari sekarang, cabaran yang mendatang belum tahu kehebatannya. Bukan hanya tugas guru mencorak anak bangsa tapi, kita semualah generasi kini yang diharapkan menjadi penyelamat anak bangsa juga menjadi "agent of change" dalam masyarakat. Pastilah benih yang baik tumbuh dari pokok yang baik, pokok ini juga ditanam di daerah yang subuh tanahnya yang sentiasa disirami dengan air suci penuh kasih sayang oleh Sang Pemilik.


 

Saturday, November 13, 2010

Wahai manusia, tingginya darjatmu !


Terpanggil rasanya ingin meng"update" blog pagi ni. Sewaktu membaca berita di Metro semalam terlihat satu video yang memaparkan suatu berita yang menyayat hati dari seorang saudara Islam kita. Insan malang ini telah disimbah asid oleh ahli keluarganya sendiri. Habis seluruh wajahnya sehingga ke leher melecur sehinggakan doktor yang merawat mengatakan harapannya untuk pulih sangat tipis. Entah salah apalah yang dilakukan insan ini sehingga mengundang kemarahan ahli keluarganya sendiri. Kecederaan fizikal yang dialami mungkin boleh diubati dengan izin Allah, namun kecederaan hati, siapalah yang bisa mengubati.


Hiba dan sedih melihat apa yang terjadi pada hari ini. Umat Islam hanya atas nama. Namun, ajaran yang dibawa Rasulullah saw ditolak ke tepi. Bukankah memaafkan itu lebih baik? Sedangkan Allah pun mengampuni hamba-Nya, inikan pula manusia. Wahai manusia, tingginya darjat kamu sehingga engkaulah yang berhak menentukan hukuman. Lebih sedih lagi ahli keluarga yang terlibat dalam kes ini temasuklah ibunya yang telah 9 bulan mengandungkannya. Tidak punyakah perasaan kasihan buat darah daging dari benihmu sendiri?


Walaupun sedih hatinya insan malang ini dengan ketidakpedulian keluarga sendiri, selama 11 bulan sudah menanggung derita sendirian, barulah beliau keluar di dada akhbar tanda rindu buat ibu dan saudaranya yang lain. Beliau memohon belas kasihan orang ramai untuk menyumbang kos pembedahannya. Bayangkanlah sahabat, selama 11 bulan ini, mata yang dulu dapat melihat kini dunia gelap tanpa cahaya, mulut yang dapat menikmati makanan lazat, kini susahnya untuk menelan. Kata beliau, mulutnya sukar untuk dibuka, matanya tiada harapan lagi untuk sembuh, lehernya ketat kerana kulitnya telah saling bercantuman.


Namun, ucapannya buat ibu dan saudaranya, hanya kemaafan diberikan. Tidak sekali mendendami diri mereka yang telah berlaku kejam. Buat hamba Allah ini, bersabarlah... inilah tanda kasih dari Penciptamu. Moga dikau beroleh maghfirah dan syurga-Nya kelak..Amin.


"Istimewanya orang beriman itu, apabila diberi kenikmatan dia bersyukur, apabila diberi ujian dia bersabar"


Boleh link disini: http://www.youtube.com/watch?v=_uNJLQrPCho&feature=player_embedded

Wednesday, November 10, 2010

Merendahlah...


    Seusai habisnya Mentoring pada hari itu, Hana mengeluh lagi, monolognya dalam hati, "ilmu ni bukan baru bagiku, setakat membincangkan permasalahan akhlak, sirah Nabi...bukankah semua sudah kulalui zaman sekolah rendah dulu? Bosan, aku inginkan perkara baru..." Begitulah yang dirasakan Hana setiap kali pulang dari halaqah mentoring yang sebulan sudah disertainya. Hana tidak pernah pula terlepas daripada mengikuti halaqah yang diadakan setiap minggu itu. Namun, hatinya masih belum sepenuhnya menghargai apa yang sedang dimilikinya. Tidak pernah ikhlas untuk hadir hanya sekadar kerana takut ketidakhadirannya ditanya-tanya pula oleh Naqibah.

    Tidak dinafikan, perkara begini sering berlaku. Bukan sahaja dalam halaqah-halaqah khusus, namun mungkin juga dalam program-program yang dilalui sepanjang masa pentarbiyahan. Begitulah, tarbiyah ini masanya panjang. Perlukan kesabaran dalam mengecapi liku-liku yang mendatang. Bukan anasir luaran sahaja yang mengancam, namun anasir dalaman kita sendiri sering berbolak-balik. Tidaklah dinamakan hati itu "القلب" jika bukan sifatnya yang berubah-ubah. Susahkan menjaga 'benda' yang tidak zahir di mata? Tetapi jika 'benda' ini tidak dijaga, rosaklah pula cabang-cabangnya yang lain. Teringat pula sabda Rasulullah saw dalam hadith keenam Arba'in Nawawiyah:

" ألا وإن في الجسد مضغة، إذا صلحت، صلح الجسد كله، وإذا فسدت، فسد الجسد كله ألا وهي القلب"
Sesungguhnya dalam jasad itu ada seketul daging, jika baiknya ia maka baiklah seluruh jasad, dan jika rosaknya ia maka rosaklah seluruh jasad.


Atau dalam pepapatah Melayunya yang nampak iras2 dengan isu ni bak kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" eh..boleh jadi ke..? erm… tanya pada yang pakar. Begitulah peranan hati, di sinilah puncanya setiap yang kita zahirkan dalam perbuatan seharian. Penyucian jiwa ini harus berlaku setiap masa bukan hanya waktu-waktu yang tertentu. Jika merasa ucapan atau monolog dalaman hanya memberi pandangan negatif pada perkara2 kebaikan, muhasabahlah kembali.





    Menuntut ilmu itu wajib. Menghormati yang memberi ilmu juga wajib. Bandingan taraf diri kita dengan ilmu, terlalu rendah. Walau ilmu itu hanya sebutir biji benih. Merendahlah dengan ilmu, tundukkanlah keegoan hati kerana yang memberi ilmu bukanlah Sang Penyampai tetapi PEMILIK ilmulah yang menetukan sama ada kau layak menerima atau tidak. Jangan sekali merasa tinggi dengan ilmu yang dimiliki kerana bila-bila masa sahaja Allah berkuasa menariknya kembali. Bagi yang menghadapi masalah ini, perbaharuilah niatmu, beristighfarlah, tundukkan keegoan hati, hargailah ilmu yang diterima…"Jadilah umpama cawan yang kosong saat kau menuntut ilmu, agar cawan itu akan terisi bukan cawan yang telah penuh airnya kerana isinya akan melimpah dan hanya kering menunggu masa."

p/s: cerita di awal perenggan hanya rekaan semata-mata tidak ada kaitan sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia


 

Perwira Ummah



    Di bumi Allah, berjalannya seorang pemuda megah melaungkan kalimat Allah, mengangkat panji Islam dan menjulangnya setinggi langit. Beliau pemuda teguh pendiriannya, zuhud pada kemewahan dan kelazatan dunia. Saat malamnya, dihiasi dengan masa-masa indah bersama Rabbnya. Tidak pernah jemu merintih dan memohon. Saat siangnya, tidak sekali-kali dimanjakan perutnya kerana beliau mengetahui banyaknya hikmah dari ibadah yang satu ini. Solatnya tidak hanya cukup pada yang wajib, sunat nawafil menjadi bekalan jiwa sepanjang perjalanan.

    Kelahirannya mengulit ukiran manis di wajah sang bonda. Tangisan seorang mujahid yang dinanti-nanti seluruh alam maya. Tanggal 11 Mac 1918 menjadi tarikh keramat buat kelahirannya seorang manusia yang telah mengukir sejarah yang mengkagumkan bakal-bakal mujahid. Di bumi berpasir menjadi saksi tertanamnya benih perwira ummah. Sosok peribadi yang lahir dalam sebuah keluarga yang berkecukupan, namun kesenangan ini dilalui dengan penuh kezuhudan. Tidak langsung menjadi halangan kerana Allah telah memilih jiwa yang satu ini. Beliau terpilih untuk menghadapi perit dan getirnya liku-liku jalan yang diredhai. Jalan yang hanya memerlukan sosok peribadi teguh dan tsabat menggenggam amanah Allah. Dunia bukanlah lagi tujuan, tetapi beliaulah perindu syurga yang melihat dunia sekadar sepintas lalu.

    Di jeriji besi itu, wajahnya tenang. Tenang kerana merasakan Sang Pencipta sentiasa di sisinya. Suatu ketika, tangan-tangan rakus menyakiti jiwa yang satu ini. Peritnya orang melihat namun beliau tetap tenang dan redha dengan apa yang dihadapi walau nikmat pendengarannya ditarik seketika. Kecederaan fizikal bukanlah alasan untuk menghentikan perjuangan, bahkan kecederaan hati lebih ditakuti. Kesabarannya yang luarbiasa dianugerahi Allah dengan nikmat pendengaran yang lebih baik. Subhanallah wabihamdihi... bibir terus basah mengungkap kalimah suci.

    Selama 20 tahun itu, ujian yang dilalui menjadi tiang asas penguat jiwa yang bergelora. Jalan ini telah melebur dalam jiwanya, tidak sesekali pandangannya berpaling, dan tidak sekali-kali jiwanya merayu untuk direhatkan. Perjalanan diteruskan dengan sepenuh keyakinan. Menjulang yang hak menguburkan yang batil....

    Ombak ganas pantas melanggar kapal yang dinakhodainya. Bukan dirinya tidak mampu, namun sudah sampai masanya bersama kekasih yang dirindui. Sang Rabb memanggil dengan penuh cinta. Lantas seruan disambut tanpa lengahnya...Namun bagi yang mendengar kisahnya, jiwa yang tersentuh pasti bercita-cita untuk menuruti pemergiannya. Anugerah yang hanya bagi mereka yang terpilih. Mereka yang telah mengorbankan seluruh harta, jiwa dan tenaganya, yang tidak langsung peduli dengan kenikmatan dunia. Mereka inilah yang menjadikan akhir hidup sebagai puncak kezuhudan mereka terhadap dunia dan puncak kerinduan mereka terhadap syurga. –Nukilan khas buat Muhammad Kamaluddin As-Sananiri-

Thursday, November 4, 2010

Kalahnya Motivator



     Semalam setengah hari suntuk kuhabiskan bersama sarana teknologi kesayanganku ini. Jam pun dah hampir menunjukkan pukul 2.30am. mataku asyik pejam celik merayu haknya diberikan. Entah, syok sangat mengadap satu cerita ni. berulang kali dah menontonnya tapi tak pernah rasa bosan. sudah pasti isinya amat menarik hati. ya, amat tersentuh sekali. Kali ini aku menonton dengan kefahaman yang semakin jelas....pernah sebelum ni tidak pula kufokuskan kata-katanya tapi jari-jemariku gatal-gatal ingin menaipnya. kata-kata yang indah. Kalah seorang pakar motivasi. ku"snap"kan beberapa bait katanya yang terletak dekat-dekat pengakhiran filem ni:

" banyak orang tertawa sedangkan maut mengintainya
banyak orang yang cepat datang ke saff solah tapi ternyata cepat pula dia pergi
dingin tanpa penghayatan
banyak orang yang sedikit beramal tapi disebut-sebutnya banyak sekali
merendahlah, engkaukan seperti bintang2
berkilauan dipandang orang di atas riak air dan sang bintang pun jauh tinggi
janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi di langit
padahal dirinya rendah hina " -Rahmat Abdullah-



Wednesday, November 3, 2010

Aku ingin diuji...

     Sukar benar jari-jemari menaip bait kata di sini, bukan kerana letih dan lesu menjadi alasan tetapi dek kurangnya pengalaman diri untuk dikongsikan bersama. Ujian?? siapa yang suka pada kalimat ini? hatta nak menjawab exam pun sesuatu yang sering dikeluhkan (waktu2 begini) inikan pula ujian hidup yang menimpa... Namun apabila difikirkan terasa ingin benar ditimpakan ujian biar diri kembali sensitif, agar diri sentiasa termuhasabah. Tidak adakah ujian dalam hidupku pada minit dan saat kumenaip kata-kata ini? ADA ujiannya, cuma diri tidak sedar telah memasuki perangkap ujian. tapi ujian kecil barangkali. tidak akan mudah untuk sedar ujian yang abstrak.

      Ujian apa yang kau minta sebenarnya?.....aku inginkan ujian yang benar-benar menguji keimananku, keyakinanku pada Allah, Tuhanku yang maha pengasih. Kini kau belum diuji tapi minta diuji. Tidakkah kau tahu ujian keimanan tu sangat berat untuk kau hadapi.

       Kusedar Allah lebih mengetahui segalanya.....kini saatnya kau belum sesuai diuji kerana tahap keimananmu belum mencukupi. Allah menyayangimu, Dia berikanmu masa untuk segera kau pertingkatkan imanmu. Agar ujian yang lebih besar dapat kautangani dengan kekuatan iman dan keyakinanmu terhadap Allah...Benar Allah lebih tahu bila sampai masanya. Semoga diri ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmat dari-Nya.


    Suka benar untuk dikongsikan nukilan dari seorang ukhti yang amat dikagumi. silalah membacanya:


HARGA SEORANG DAIE



Diriku dan akhawat,

Tatkala engkau berbaiah utk menjadi daie dihadapanNya,
Sadarlah, engkau telah mewakafkan segala apa yang kau ada untukNya,
Engkau telah mewakafkan duniamu untukNya..


Atas kasihNya pada dirimu, 
Dia telah pinjamkan kenikmatan dunia dan perasaan padamu,
Dia telah kurniakan secubit kesenangan buatmu.
Dan ketika engkau berserah diri pada jalanNya,
Siapkanlah dirimu, kukuhkanlah peribadimu
Kerana Dia berhak mengujimu,
Dia berhak mengambil semula pinjaman tersebut,
Kerna itu semua miliknya
Dan Dia berhak..


Diriku dan akhawat,

Kehidupan seorang daie terlalu indah,
indah diselaputi kemelut dan ujian
kerana Dakwah yang benar
adalah Dakwah yang diuji dengan mujahadahmu
tidaklah dikatakan Dakwah andai dirimu masih mampu bersenang-senang,
masih mampu mengitung harta, masih mampu menghitung waktu lapangmu.
kau akan diuji sehingga Allah benar2 mengerti bahawa inilah Peribadi Pejuang kesayanganKu,
"Mereka diuji dan mereka redha dengannya dan Aku akan menyintai mereka"
(Hadith)



Mahalnya menjadi golongan hawariyun tidak tertaksir dengan nilai duniawi,
Peribadi jundullah bukan sebarangan peribadi,
waktu dan aktivitinya adalah dalam hitungan pandangan Allah
Wallahi, 
kami mahu jadi seperti itu hingga ke akhir hayat kami.
Ampun dan maaf kami pohon pada Rabbuna Rabbus sama' watiwal ardh,
Kami hinakan diri kami di atas kemulianMu,
demi menjadi hamba yang kau adakan tempat di sisiMu kelak
Amin.



  

Tenangnya hari ni...



Tenangnya hari ini
Tak seperti selalu
Pasti Allah telah menurunkan cahayanya
Bila diri tak banyak bermaksiat
Gerak jari terus menari-nari
Walau jawapan belum tentu kesahihannya
Tapi,
Ketenangan ini satu anugerah
Anugerah dari Rabbku
Namun diri terus merindui
Saat diri merayu dalam tangisan
Saat berharga yang hanya ada DIA di hati

Monday, November 1, 2010

TERBAIK BUKAN BAIK


"Sesungguhnya telah kami ciptakan kamu sebaik-baik penciptaan."
    Sekadar perkongsian, beberapa minggu lepas ana dengar satu talk dari penceramah yang memang tak asing lagi. Penyampaian beliau buat ana tertarik untuk menjadikan isu di sini.

Sebagaimana firman Allah dalam surah at-Tin (atas), betapa ana termotivasi untuk berkongsi dengan antum semua.

    Pembukaannya, penceramah menekankan ana tentang kalimah "Ahsan" yang bermaksud terbaik. Sesungguhnya manusia itu terbaik ciptaannya. Apakah lawan bagi terbaik?...

Ramainya ketika itu menjawab dengan pelbagai jawapan, namun tidak satupun yang memuaskan hati beliau...akhirnya beliau memperlihatkan kami sebuah video tentang seorang ahli sukan yang telah memecahkan rekod dunia dalam acara lumba lari 100 meter. Ana pun tak ingat dah namanya. Maklumlah bukan peminat bidang ni. Setelah habis video pertama, kami ditayangkan pula video kedua. Kali ini kami dipaparkan dengan ahli sukan yang sama tetapi bezanya pencapaian beliau tidak sebaik video pertama. Beliau telah dikalahkan oleh rakan beliau sendiri. Analisis dari video pertama, ketika ingin sampai di garisan penamat, si pelari begitu confident bahawa dirinya tidak akan terkalah kerana beliau tidak merendahkan tubuhnya- posisinya dalam keadaan selesa dan seperti tidak ingin memecut. (kalau kita lihat video2 larian, posisi tubuh mereka akan direndahkan dan kepala akan ditundukkan sehingga fokus mereka ke arah garisan penamat –pecutan terakhir) Memang berlainan bagi 'mamat' ni. Video kedua pula merupakan rekod terbaru beliau yang telah terkalah. Sebenarnya, apa yang nak disampaikan di sini, seharusnya seorang manusia itu memilih menjadi yang 'terbaik' dan bukan 'baik' sahaja. Jadi jawapan bagi soalan tadi telah ana dedahkan.

LAWAN BAGI TERBAIK IALAH BAIK

Jangan hanya memilih untuk menjadi baik, tapi pilihlah untuk jadi terbaik kerana Allah telah mencipta kita dengan sebaik-baik penciptaan. Kenapa kita terbaik? Kita telah dipilih untuk hidup kerana sewaktu di dalam rahim ibu, kita telah menghadapi satu persaingan besar. Mengapa antara berjuta-juta sperma, hanya satu sahaja yang berjaya disenyawakan? Itulah kita. Kitalah yang terbaik antara mereka.

KUASA NIAT

3 jenis manusia berhadapan dengan LAUTAN:

1) Nelayan = laut sumber rezeki

2) Engineer = Laut sumber ekonomi (cari gali minyak)

3) Orang kaya = laut tempat mencari ketenangan, pelancongan

Setiap orang mempunyai tujuan berbeza dan hasilnya juga berbeza.

Niat harus disertakan dengan imaginasi.................kita lebih bersemangat apabila melihat gambaran (perkara yang jelas). Kita juga haru fokus terhadap apa yang ingin ditujukan.

Bearing sebuah kapal terbang harus disetkan dengan betul sebelum memulakan perjalanan. Jika berlaku kesilapan di awal-awal perjalanan, akhirnya, destinasi juga akan berubah di perjalanan seterusnya.

==> haruslah perbetulkan bearing niat anda kerana kuasa niat pada awalnya menentukan hasil yang bakal anda peroleh.

SUDUT PENTARBIYAHAN

    Wajarlah seseorang mahasiswa itu memilih yang terbaik dalam kehidupannya. Namun terbaik di sini sering disalah anggap. Sering kali mereka yang memilih terbaik ini tersalah jalannya. Mengapa ana katakan demikian? Seharusnya kita bukan memilih terbaik untuk diri kita sebaliknya Allahlah yang menentukan apa yang terbaik buat diri kita.

Apakah yang terbaik itu???

Adakah sekadar mengejar A untuk setiap subjek?

Adakah sekadar menggenggam ijazah dengan mendapat DEAN list sepanjang semester?

Adakah juga sekadar aktif dalam Co-Cu university?

Pastilah jawapannya TIDAK sekali-kali

Allah tidak akan memandang pencapaian kita.............sebaliknya apa sebenarnya?

Rahsianya:

Kejarlah DEEN List

Jadilah manusia yang bermanfaat buat manusia lain

Aktiflah dalam CO-cu yang hanya Allah yang akan meng"kredit" nya

Hasilnya ----------------> anda bakal terbentuk menjadi "SESEORANG", bukan manusia biasa2, tapi anda GHARIB min GHURABA'.....LUAR BIASA, imbalannya hanya Allah yang layak mengganjari. Insha Allah.