Friday, December 28, 2012

Catatan Tarbiyyah 3

Sesuatu menyedarkan aku
seringkali bicara tentang redha
namun bila berhadapan satu saat yang sulit
antara impian dan realiti
aku selalu memilih impian

impian itu perlu
tapi jangan bertuhankan impian
kerana saat ini aku berjalan dalam realiti
realiti sedang berlaku
impian sepertinya masih di awangan

akhirnya aku akur
aku harus redha
dari permulaan langkah pertama
hidup ini telah tercatat
redha dan murnikanlah impian
jika dahulu impianmu berdasarkan kecintaan individu
kini impianmu adalah kerana kecintaan pada mereka

siapakah mereka itu?
Ya, pastinya untuk ummah

kerana kita harus jadi

RAHMATAN LIL 'ALAMIN


Aku meminati bidang teknologi atau lebih dekatnya pada jurusan teknikal, kejuruteraan atau perkomputeran. Hal ini terpendam sejak di bangku sekolah menengah, namun ketika itu, aku masih keliru. Belum punya matlamat jelas untuk kehidupan, akhirnya memilih bidang yang kurang diminati Sains Tulen. Tambahan lagi, kelas yang diduduki adalah bagi pelajar-pelajar yang cemerlang pelajaran sewaktu PMR.....
sampai habis belajar, aku tidak menjiwai sepenuhnya, masih keliru, untuk apa sebenarnya semua ini?
mungkin bagi insan sepertiku, memerlukan suasana yang stress untuk cemerlang,
kerana pengaruh luaran amat mengesankan.
akhirnya, terpilih masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang yang bukan Sains, sebaliknya kerana satu-satunya subjek yang mampu skor tinggi.
bukan itu sahaja faktornya,
selainnya aku adalah orang yang paling takut pada pengaruh yang asing dalam hidupku,
jadi, kerana memilih zon selamat, aku menerima tawaran universiti tersebut,
sedang impian lama hanya terpendam dalam lubuk jiwa.

kini, jiwaku kadang meronta,
masih mencari-cari sinar harapan untuk kulunaskan impian lama...
tapi peluangnya tipis.

seakan seminit dikurniakan kesedaran,
teruskan perjuangan pada apa yang di depan mata.
kerana semua itu pasti bukan sia-sia.
telah menjadi takdirNya untuk diriku,
dan aku memerlukan D n T ini
dan tuntutannya memerlukan aku untuk terus cemerlang
dalam bidang kini

Ya, Jurusan Bahasa Arab,
tak semua orang boleh menguasainya
perjuangan harus diteruskan sehingga ke titisan darah yang terakhir

Allahummansur dakwatana!

Thursday, December 27, 2012

Catatan Tarbiyyah 2

Aku ingin menjadi seperti ukhti I
yang bicaranya lembut mendamaikan jiwa
aku ingin menjadi seperti ukhti H
yang selalu menghargai dan menghormati
aku ingin menjadi seperti ukhti A
yang tingkahnya ikhlas setiap ketika
aku ingin menjadi seperti ukhti F
yang berprinsip dan teliti
aku ingin menjadi seperti ukhti H
yang bermatlamat jelas untuk hidupnya
aku ingin menjadi seperti ukhti K
yang tabah dengan kekurangan dirinya
aku ingin menjadi seperti ukhti Y
yang selalu rendah hati dengan apa yang dimilikinya

mereka insan luar biasa yang pernah hadir dalam hidup
tidak rugi berqudwahkan orang-orang terdekat
kerana sahabat yang baik itu
adalah sahabat yang mendekatkan kita pada Allah

^_^ luv antunna Fillah.


Friday, December 21, 2012

Catatan Tarbiyyah siri 1

Dalam kiraan tahun, perjalanan tarbiyyah ini sudah saya kira lama. Ya, 5 tahun diperkenalkan tarbiyyah di bumi Taman Ilmu dan Budi. Sudah tidak terkiranya wasilah tarbiyyah yang diikuti, daurah, mukhayyam dakhili/ khoriji, qiyam, iftar, taalim... komitmen? jangan kata, sayalah orang yang tidak ada alasan untuk tidak hadir.

Ya, semakin lama, semakin fikrah itu jelas. Saya memerhatikan proses tarbiyyah ini, kadang senyum sendirian bila teringat zaman-zaman awal tarbiyyah, macam Umar ketika teringat zaman jahiliyyahnya. Ya, jahilnya saya bukanlah tahap seperti zaman gelap sebelum Islam, tapi saya jahil pada dakwah dan tarbiyyah kerana lahirnya saya sudah dalam biah yang baik, cuma soleh tapi tidak musleh...

5 tahun, satu angka yang sedikit sebenarnya, tapi dikira banyak bila saya sebagai seorang pelajar dan mengikuti satu cabang tarbiyyah di sini. Namun, banyak yang saya kesalkan pada diri sendiri, tetap belum disiplin pada mutabaah ibadah! T_T...bersambung lagi~