Wednesday, November 9, 2011

Lagi-lagi tarbiyyah…T_T


Dahulu, tarbiyyah membuka lembaran ceria dalam hidupnya
Dia dilamar, dibelai manja oleh Sang Murabbi
Kala bulatan cinta menjadi tempat bermadu kasih
Dari situ dia sedar dan semakin sedar
Bahawa seorang hamba itu tidak harus merasa SUCI

 
Kesucian hanya pada Ilahi
Yang maksum hanyalah kekasih Allah
Sedang dia hanya hamba biasa
Hamba yang hidup dalam sebuah biah yang sangat baik
Dia sudah dididik bertudung sejak kecilnya
Dia sudah tahu membezakan yang putih dan yang hitam
Dia sudah sedar bahaya fitnahnya antara 2 insan berbeza
Kerana itu dia sudah merasa layaknya dikatakan dirinya SUCI

Tarbiyyah membuka rahsia dirinya
Semakin hari, semakin jelik merasakan diri
Kini dia tahu, kenapa dirinya harus tarbiyyah
Asas Islam itu telah memperjelas keaibannya
Dia sebenarnya hina, lemah di mata Sang Pencipta
Bila dia tidak mahu memperbaiki jiwa, hati dan sikapnya

 
Tarbiyyah bukan hanya sekadar memenuhi course outline
Apabila seorang lecturer berusaha sepanjang semester
Demi menghabiskan tajuk-tajuk penting dalam pelajaran
Sedang tarbiyyah itu prosesnya rumit
Penelitiannya tajam terhadap usaha dan keberhasilan
Hanya berjaya dihadam dan dicerna seorang Murabbi
Kerana itu permata yang cantik tidak mustahil kewujudannya

 
Kini, dia yang ditarbiyyah membuka bulatan cintanya sendiri
Untuk mencapai itu, prosesnya bukan mudah
Dia pernah menyalahkan tarbiyyah
Dia pernah hilang ketsiqahan terhadap pejuang tarbiyyah
Namun dia beroleh jawapannya
Bahawa dakwah tidak perlu pada sejenis daie
Yang sibuk dengan permasalahan diri

 
TARBIYYAH juga yang melontar jawapannya
Dalam bergerak tidak larinya dia dari virus-virus penyerang
Ukhuwwah yang pernah menjulang cintanya
Menghilangkan kepercayaan terhadap jalan yang diikuti

 
Tarbiyyah mengembalikannya kepada koreksi IMAN
Keikhlasan juga meruntunkan hatinya
Bisikan musuh Allah cuba diatasi
Dia kembali menatapi tarbiyyah zatiyah
Rupa-rupanya inilah sunnahnya di jalan ini
Rasa gembira, selesa bukanlah kehidupan seorang pejuang
Dia yang berjuang pasti terasa kesempitannya
Bencana luar dan dalam sentiasa menghimpit

 
Dia akui
Tiada jalan lain lagi yang terbentang
Tiada lagi arah tujuan selain mengikuti mereka yang berjuang
Melainkan dia memilih jurang hitam yang membahang panasnya

 
Moga dirinya terus tegar dan kukuh dalam medan pentarbiyyahan
Kerana dia harus menjadi pewaris bagi para pejuang
Jika lamaran ini ditolaknya
Sang pelamar tidak rugi
sebaliknya dirinya yang berdepan sejuta penyesalan
Permata-permata cantik lain akan lebih banyak lahir
Yang menanti-nanti diri mereka dilamar
Sinaran mereka indah dan berkilauan
Mereka yang bakal menjadi pilihan ANDAI DIA BERUNDUR….

*Dia yang diceritakan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tiada kaitannya dengan yang hidup atau yang telah menemui Tuhannya.