Friday, November 19, 2010

Coretan Aidiladha


Hari ni hari ketiga setelah dipertemukan dengan Aidiladha sekali lagi. Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan hari pertama hari raya diizinkan Allah untuk menunaikan solat hari raya bersama semua ahli keluarga kecuali seorang adik yang nun kat perantauan sana tu. Kesian, tak dapat tiket nak balik beraya. "Lain kali beli awal2 ya tiketnya cek abang, dok jauh2 ni susahla kalau on the spot baru nak beli..." . teringat malam raya hari tu dok pujukla adik sorang ni nak bawa sembahyang raya esoknya.

Aku    : Man, sok kita gi sembahyang raya tau.

Man    : (sambil menutup mukanya dengan kain selimut kesayangan dia (selimut bucuk))

Aku    : Jomla Man.

Man    : Ala. Mar tak da. Tak naklah. Hari raya lepas kan dah pergi (Raya Aidilfitri).

Aku    : Tu raya Aidilfitri la Man, lain, tak sama. Raya tu untuk orang pose, ni raya korban. Nanti kan Man nak tengok lembu.

Man    : Sama ja la, raya juga. Dua2 pun raya.

    Susah benar nak pujuk budak sorang ni. Tapi, alhamdulillah esoknya dengan baiknya ummi mengejut budak manja yang satu ni. Kalau pagi2 tak meragam, takdela susah nak ajak pergi solat raya.

    Bila berbicara mengenai hari raya Aidiladha, pasti hanya gambaran lembu, kerbau, kambing yang akan disembelih. Tak sah pula kalau tak ada binatang-binatang ni menyerikan raya. Begitulah yang difikirkan kebanyakan orang, namun di sebalik pensyariatan ibadah sembelih ini, terdapat suatu peristiwa yang pernah tercatat dalam sirah kenabian. Saat Allah menguji seorang hamba-Nya yang soleh dengan ujian yang sangat berat. Mana mungkin seorang anak yang disayangi disembelih oleh ayah sendiri, tetapi itulah yang dialami oleh nabi Allah Ibrahim ketika mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih anaknya nabi Allah Ismail melalui mimpi. Walaupun berdepan dengan ujian berat ini, Nabi Ibrahim menuruti perintah Allah ini dengan disokong juga oleh anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah dalam surah as-Soffat: 102.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Namun berkat ketaatan hamba Allah ini, Allah berfirman lagi ayat seterusnya,

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,
(yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim."
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.


    Begitu lembut ayat-ayat Allah bercerita. Hanya kita sahaja sama ada ingin mengambil pengajaran atau tidak. Lembutkanlah hati dengan bahasa al-Quran, mentadabburinya sesuatu yang harus. Bagaimana pula dengan adik-adik kita hari hari ini? Kuatnya arus pengotoran minda dilakukan oleh para musuh Allah sehinggakan mereka tidak berminat untuk mendengar atau menonton kisah-kisah al-Quran yang membawa pengajaran.

    Kepulanganku kali ini dengan persediaan beberapa video untuk tontonan adik, kisah "Muhammad Utusan Terakhir" berjaya menarik hatinya untuk duduk di depan laptop selama sejam lebih. Kadang-kadang kita perlu mengubah cara untuk menyampaikan Islam buat generasi kecil molek ni. Mereka tidak akan berminat dengan hanya bercerita dan bercerita. Sambil menonton bersama, kucuba bertanya mengenai kisah kekasih Allah ini dan para sahabat. Sedih, ceteknya pengetahuan adik2 kita kini berbanding ketika aku sewaktu di zaman sebaya mereka. Sudah kuhafal setiap nama-nama peperangan yang berlaku dan kisah Hamzah yang dimamah hatinya oleh Hindun juga sesuatu yang biasa didengar. Lain pula bagi adik-adik kita, hanya menggelengkan kepala. Salah siapa dalam hal ini? Para pendidiklah yang mencorakkan diri anak2 ini. Kadang-kadang kata guru lebih didengari dari kata ibubapa sendiri.

    Betapa pentingnya kita menyiapkan diri dari sekarang, cabaran yang mendatang belum tahu kehebatannya. Bukan hanya tugas guru mencorak anak bangsa tapi, kita semualah generasi kini yang diharapkan menjadi penyelamat anak bangsa juga menjadi "agent of change" dalam masyarakat. Pastilah benih yang baik tumbuh dari pokok yang baik, pokok ini juga ditanam di daerah yang subuh tanahnya yang sentiasa disirami dengan air suci penuh kasih sayang oleh Sang Pemilik.


 

0 comments:

Post a Comment