Friday, March 18, 2011

Umat Yang Dirindui



Sejauh mana keyakinan kita
Benar, Islam pasti akan dijulang suatu ketika
Perkataan ini telah dituturkan generasi salafussoleh terdahulu
Tinggi sungguh tahap optimisme mereka
Mengapa Ya??!!..
Jelaslah, tidak hairan tahap pemikiran mereka begitu
Kerana mereka orang2 yang bersegera
Kerana mereka orang2 yang beramal
Kerana mereka orang2 yang berkorban
Kerana inilah, ketinggian iman mereka tidak dapat dibandingkan

 
Bukan sahaja kerana mereka dekat dgn Rasulullah saw
Tarbiyyah secara langsung dari baginda
Sangat hebat dan begitu mengagumkan
Kerana juga semangat dan kemahuan mereka yang kuat
Mereka memahami Islam yang syumul
Mampu meletakkan Islam sebagai penyelesaian segala perkara

 
Tapi alangkah hebatnya menjadi generasi yang dirindui baginda
Tidak bertemu tapi mampu membuktikan cinta
Menghidupkan sunnahnya dalam majlis2 cinta yang kecil
Bersama-sama memperbaiki diri
Saling membahaskan dan bertukar maklumat dan pendapat tentang isu ummah
Mengkualitikan diri, sumbangan buat Islam
Kerana kita harus berfikiran besar dan bercita2 tinggi
Bukan untuk keuntungan individu
Tapi buat ummat seluruhnya
Moga kitalah generasi yang pernah diucapkan baginda Rasul ketika bersama para sahabatnya

 

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku )," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi saw. "Kamu adalah sahabat-sahabatku".

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; "Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka". Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?". "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!" sekali lagi Nabi menjelaskan.

"Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?" Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam".  –dipetik dari
http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/02/ikhwan-umat-yang-dirindui-oleh.html

0 comments:

Post a Comment