Sunday, February 20, 2011

Buatmu ukhti 2




Hati cemas, gusar, sedih
Dari riak wajahmu timbul pelbagai persoalan
Mudahnya hati mengesan perubahanmu
Ukhti, bicaralah apa masalahnya?

 
Sungguh, ketahuilah,
Senyummu sesuatu yang benar dihargai
Dan pabila ia hilang
Gusaran hatiku terus menyelubungi

 
Ukhti,
Sukar untuk pertahankan nilai ukhuwwah ini
Kadang-kala diri tidak menyedari perasaan yang mengulit hatimu
Tapi, Allah masih menjaga kesatuan hati kita
Kerana diriku masih sedar tatkala kau cuba menjauh

 
Duhai yang dicintai,
Konflik dirimu harus diketepi
Beringatlah bahawa di sisi kita ada musuh yang pendengki
Dia selalu berusaha membisikkan keraguan dalam hatimu
Adakah kau mahu mengalah padanya?

 
Kuatkan jiwamu ukhti
Andai jalan ini mudah diikuti
Pastilah sang kekasih Allah itu tidak merasa bimbang untuk umatnya
Andai jalan ini tidak menguji
Sudah pastilah baginda tidak ditentang
Andai jalan ini disukai
Sudah pastilah dunia ini serupa syurga
Andai jalan ini tidak menuntut pengorbanan
Kita tidak perlu memilih antara dua
Menjadi manusia yang itsar
Atau manusia yang menerima itsar

 
Tarbiyyah adalah permulaan
Tarbiyyah juga sentiasa berjalan
Tarbiyyah tidak akan merugikanmu

 
Ketahuilah ukhti,
Seorang hamba itu tidak terlepas dengan ujiannya
Saat ujian itu hadir
Kau harus kuat menghadapinya
Jangan biar keraguanmu parah
Carilah semula kekuatan
Dan kekuatan itu,
Tidak disangkal lagi datangnya dari iman

 
Jangan bosan ukhti
Ujian keimanan pasti kau lalui
Kau hamba Allah
Diriku dan akhawat juga
Benarkah kau tahu, kita tiada ujiannya?

 
Ujian itu,
Ada objektif dan subjektif
Mudah saja kita mengasihani orang yang diuji objektif
Tapi bagi ujian subjektif
Siapa yang sedar?
Hanya yang menghadapi, merasakan sulitnya

 
Berdoalah ukhti
Andai hikmah ujian belum membuka hatimu
Kubenar2 mempercayainya
Doa ialah penawar dan tuaian hasil yang paling utuh
Biarlah hasil tuaianmu belum menjadi
Ku yakin ia juga sedang ditarbiyyah penciptanya
Semakin lama doamu belum berjawab
Semakin DIA mencintaimu
Semakin DIA merindui tangisan di malam2mu
Semakin DIA menambah nikmat menyucikan jiwamu
Alangkah indahnya ukhti
Bila DIA semakin menghampiri hati kita

 
Moganya dirimu dan diriku
Ikatan cinta yang dasarnya iman
Kekal selamanya
Kerana kau dan aku adalah pelengkap bangunan itu
Bangunan yang mencakar langit ke tujuh
Bangunan yang meninggikan kalimah Allah
Akan kuteguhkan ikatan batunya
Dan kau juga harus membantuku
Tidakkan kubiar dirimu tercampak ke jurang bangunan
Kerana sejarah lama tak harus kembali
Sebaliknya dirimu dan diriku harus mencipta sejarah baru
Sejarah yang menggugah alam ini

0 comments:

Post a Comment