Thursday, March 24, 2011

Buatmu ukhti 3



Duhai ukhti
ketahuilah....
perjalanan kehidupan ini sangat panjang
titian demi titian ada sahaja liku yang menanti
bila sahaja dirimu berhadapan dengannya
kau belum cukup kuat menghadapinya
apatah lagi saat dirimu bersendirian
jiwamu rapuh dan mudah sahaja dipengaruhi

Namun ukhti
Di sini ada sahaja jiwa-jiwa yang tulus
Di sini ada sahaja tangan yang menghulur
Sungguh ukhti
dirimu bukan keseorangan

Duhai ukhti
bertasbihlah memuji nama Rabbmu
bertahmidlah atas kurniaan dari-Nya
Sedarkah dirimu
jalan yang sedang kau susuri ini
jalan yang pernah menjadi saksi cinta
cinta baginda Rasul dan para sahabatnya
Itulah jalan pentarbiyahan ukhti
jalan yang bukan semua manusia menyukainya
jalan yang penuh jurang ujian
jalan yang disuakan dengan duri-duri yang menyakitkan

Namun ukhti
kalam Allah itu telah membuktikan
setiap kesusahan pasti bersamanya kesenangan
bukalah hatimu ukhti
terangilah jiwamu dengan pentarbiyahan ini
walau ada sekelumit rasa berat
walau ada bisikan yang meragukan
kuatkanlah jua langkahmu
bersyukurlah dengan kurniaan ini
hargailah kenikmatan yang dikau miliki
jangan sesekali dirimu berpaling
bersabarlah....dan bersabarlah

Biarpun terkadang kau merasa lemah
Biarpun pada jiwamu kau merasa kurang
sesungguhnya perasaan yang kau alami
pernah juga dirasai pada ukhtimu yang lain
kita tidak akan bisa berubah dengan mudahnya
perhatikan sahaja kisah sebuah permata
pada asalnya ia hanya seketul batu yang tiada istimewanya
tiada kilauan yang memukau
namun, ia tegar menghadapi suatu perjalanan
proses demi proses yang menyakitkan
hasilnya...
wujudlah sebuah permata yang indah  

Begitulah proses pentarbiyahan
kemanisannya tidak akan kau jumpa tanpa ikatan cinta
Itulah ukhuwwah yang memaksikan Allah sebagai tujuannya
Mengapa ya ukhti? Mengapa perlu ukhuwwah ini?

kerana kita mahu meraih keredhaan Allah bersama-sama
kerana kita mahu berjalan ke syurga bersama-sama
tiada seorang pun yang akan kita tinggalkan
kita juga mahu Islam di julang
kita juga mahu umat Islam bersatu
kita mahu dari tangan kitalah Islam bisa tertegak 

Ya Rabbuna
Inilah harapan kami
Inilah cita dan impian kami
Terimalah ikatan cinta kami
Terimalah amal yang kami persembahkan
Amin...

0 comments:

Post a Comment