Tuesday, January 11, 2011

Buatmu ukhti


ukhti
diriku bukan insan sempurna
kerana itu janganlah dikau mengharap kesempurnaan dalam diri ini

ukhti
kita telah lama meniti jalan tarbiyah ini
kini adalah masanya kita mengimplimentasi
sudahkah tarbiyah itu benar2 menyelimuti jiwa?
kita kini diuji

ukhti
bukan diriku tidak berusaha
menjernihkan kembali ikatan cinta anugerah Ilahi ini
tetapi diriku juga punya perasaan
kutahu dirimu juga tiada lainnya
tidak bolehkah kita berlapang dada

ukhti
kukenal diriku siapa
jiwa yang penuh keegoan
tapi tatkala selesai solat
kubenar2 memohon driku dikau maafkan

ukhti
kubenci bisikan2 syaitan ini
selalu ingin menyuruhku berkeras denganmu
tapi ketahuilah
diriku sedang berusaha menentang musuh Allah ini

ukhti
pernah juga kuingin lari
terus menjauh dari dirimu
terus meninggalkan kafilah ini
tapi DIA masih mencintai penyatuan ini
dan aku terus bersabar dan bersabar

ukhti
andai esok sesuatu terjadi
antara kita benar2 perlu berpisah
malam ini kuakan terus memohon pada-Nya
bahawa esok tidak akan kutemui

ukhti
kau biarlah perasaanku begitu
sesungguhnya diriku sedang mendidik hati
kuakan terus memohon
agar kebencian tidak menghiasi jiwaku

ukhti
kupohon maaf yang tiada had nilaiannya
kebaikanmu harus selalu di hatiku
semoga jiwa ini akan tenang
semoga ukhuwah ini membawa kita ke syurga

1 comments:

Yna Sofya said...

tersentuh. terima ksh :)

Post a Comment