Monday, December 13, 2010

Tarbiyah dan diriku


    Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang tidak pernah memungkiri janji hambaNya. Syukur alhamdulillah, semester lepas yang dikatakan agak mencabar untuk diriku telah berjaya kutempuhi. Semester yang banyak menguji keyakinanku terhadap Allah. Juga keyakinanku terhadap jalan juang yang dipilih ini. Moga Allah terus memberi kekuatan dan kemahuan yang kuat juga keikhlasan dalam hati. Doaku kali ini agar Allah meleburkan rasa cintaku terhadap dakwah.



    Sepanjang menempuh masa pentarbiyahan, Allahlah yang banyak menunjukkan jalan. Sedangkan aku bukanlah insan yang punya azam dan tekad. Walaupun memahami dan menyedari tanggungjawab dan tujuan perjalanan hidup, tetapi hatiku tetap belum ikhlas sepenuhnya menerima. Syukurku sekali lagi, berkat doa ummi dan abah diri ini terus kugagahi melangkah perjalanan yang dikira tidak pernah lagi sampai di hujungnya. Aku terus berusaha menanamkan keyakinan terhadapnya.





    Begitulah tarbiyah, menjadikan seseorang sentiasa merasa kurang. Bukan kekurangan yang membawa kepada kehinaan, sebaliknya kekurangan yang dirasakan diri ini harus sentiasa tidak merasa sudah baik atau cukup. Juga merasakan diri ini perlu sentiasa bersama akhawat agar iman tidak luntur. "kambing yang keseorangan sangat mudah dimakan oleh serigala". Ku berpegang dengan kata-kata ini. Simple tapi penuh makna. Bila diri sendiri, sangat mudah iblis mengarahkan konco-konconya menghasut, lebih2 lagi dengan kerjasama nafsu ammarah yang sentiasa membawa kepada kesesatan.


    Kukatakan sebelum ini, tarbiyah mengajar kita menjadi SESEORANG. Masih belum kurungkai sebab musababnya dan makna yang tersirat. Kata-kata ini kuambil dari insan yang banyak berjasa di awal pentarbiyahanku. SESEORANG yang dimaksudkan ialah insan yang sedar, insan yang optimis, insan yang punya kemahuan kuat, insan yang yakin bahawa daripada-Nya lah dia datang dan kepadaa-Nya jualah tempat dia kembali, insan yang tidak mudah terperangkap pada jerat2 syaitan, insan yang tinggi pengorbanan dan keikhlasannya terhadap jalan Allah, insan yang memperjuangkan jalan juang Rasulullah, insan yang tidak pernah menyayangi dirinya lebih dari cintanya terhadap saudaranya.............



    Jalan hidup ini panjang dan kita tidak keseorangan, Allah sentiasa melihat, Malaikat maut juga tidak berhenti menjenguk. Masa itu akan tiba. Tidak akan ada sesiapa yang boleh terlepas. Tahun baru hijrah ini harus kukerahkan seluruh jiwa, hartaku. Harus kututup buku lama hidupku dan menggantikannya dengan buku baru. Perlu kufahami makna hijrah sedalam-dalamnya. Semakin ku rasakan jalan yang ditempuh susah, semakin kuatlah keyakinanku terhadap jalan ini.





Iman, ada masanya meningkat, ada masanya berkurang. Bila berkurang, bukan alasannya untuk menjauh dari akhawat. Allah berfirman dalam kitabNya:



"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (al-Kahfi,18:28)

    Ya Allah, jauhkanlah aku daripada orang yang hatinya telah Engkau lalaikan. Teguhkan aku untuk menjadi pembela agama-Mu.


 

3 comments:

Nurul Hidayah Mohamed Nor said...

assalamualaikum nuri
Sungguh, tarbiyah is long life learning process. Tidak hanya setakat menghadiri usrah, halaqah, iftar, daurah dan sebagainya. Namun, ia adalah sebuah kerja hati dan amalan yang harus dilaksana. Tidak hanya di catat, tapi ia di amal. Pernah ada seorang ukhti berkata, mengapa hati ini sukar menangis walau mutabaah ibadah dan program2 islami dihadiri penuh rutin? kerana, kita kurang beramal dan beriltizam dengan apa yang kita telah pelajari.
Berkata seribu kali lebih mudah dari mengamalkan,namun mujahadah dan kemahuan yang tinggi akan menghasilkan tindakan luarbiasa.

Moga dikau meneruskan perjuangan ini, Adikku.

Wassalam,,,,

Nurul Hidayah Mohamed Nor said...

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyah"
Bagus entri ini... teruskan berkarya demi umat tercinta

Nur IHJ said...

Jazakillah akak...moga kita semua terus tsabat. =)

Post a Comment