Tuesday, May 10, 2011

Bila kita mula membezakan....

      Dalam kehidupan ini kita akan berjumpa dengan beragam manusia. Begitulah nikmat Ilahi yang tidak ternilainya. Manusia itu pelbagai, sikapnya, rupa parasnya, pemikirannya, hatinya..... tapi Allah sebut semua tu hanyalah sandaran, yang membezakan mereka hanyalah iman dan taqwa. Tidak kiralah dari sudut kaca mata manakah dia, pendokong fikrah manakah dia. Namun, pelik, manusia itu tetap punya kecenderungan untuk mempunyai perasaan 'pengkultusan' yang terlalu memuliakan individu atau group2 tertentu. Mereka juga merasa dirilah yang terbaik antara semua sehinggakan apa yang dibawa oleh manusia lain ada sahaja salah silapnya, dan hanya dialah yang menjadi pilihan terbaik dan khayr ummah. Jika bezanya hanyalah keimanan, tidak salah merasa kitalah yang terbaik berbanding mereka yang kufur pada Allah, tapi bahayanya jika sudut pemikiran kita membezakan manusia yang telah bersyahadah dengan Allah yang satu dan Muhammad sebagai pesuruhnya.

      
      Seorang kader dakwah itu harus murni, murni dalam pelbagai sudut. Hatinya, percakapannya, perbuatannya haruslah menjurus pada 2 sumber wahyu yang diturunkan Allah (al-Quran & Sunnah). Dan sesungguhnya Islam itu selamat, Islam tidak megajarkan kita untuk berprasangka buruk pada manusia lain lebih2 lagi yang turut memperjuangkan Islam.
"Jauhlah kamu dari berprasangka kerana sebahagian daripadanya adalah dosa".
Wajar untuk kita bersangka baik pada orang lain. Biarlah dari keluarga manakah dia, asal matlamatnya ialah Allah, dia adalah teman seperjuangan kita, dia juga yang akan mendokong Islam bersama-sama kita. 
       Mengapa saya menyentuh hal ini? kerana sungguh buruknya seorang daie itu apabila berjalan berselisih dengan daie yang bukan dari keluarganya, dia lantas mencebik, merendahkan, dan senyuman juga alangkah beratnya....seperti ada batu yang digantungkan di mulutnya, apatah lagi mahu mengucapkan salam. (Ya Rabb ampuni diriku saat aku alpa pada keadaan ini) 
       Bukankah sepatutnya, mereka ini memberi qudwah, bukan memburuk-burukkan yang lain. Senyuman itu bisa sahaja dilempiaskan di mana-mana kerana dia seorang daie bukanlah penghukum. HAKIM kita ada di SANA nanti, tidak perlu untuk mereka ini lantas cepat2 menghukum di dunia.
       Tugas kader dakwah itu ialah membimbing manusia. Yang tersalah dibetulkan, yang ditegur diterima dengan hati terbuka...kerana manusia itu tak sempurna. dan orang Muslim itu ada saat imannya meninggi dan menurun.
       Bila pemikiran kita cenderung membezakan, bahananya masa yang ada akan terbuang percuma. Tidak habis berdebat membincang isu yang mencetus titik perbezaan, tidak habis mencari-cari kesalahan orang lain, sedangkan lihatlah bagaimana Allah bersumpah dengan masa. Manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran? Jadi, mana satu yang mahu dipilih. Perbaikilah diri dan serulah orang lain.. Langkah seterusnya, beramal, beramal dan terus beramal...... Wallahua'alam.

p/s: artikel ini ialah pandangan dari penulis sendiri, penulis terbuka menerima sebarang respon luar positif atau negatif. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang salah dan buruk itu datang dari kelemahan diri penulis sendiri. Sesungguhnya Allah itu MAHA MENGETAHUI.

0 comments:

Post a Comment