Duhai diri
renungkanlah tujuan penciptaamu
adakah kau hanya dicipta sia-sia
atau dirimu sendiri yang berbuat begitu
Sedarlah...
dunia ini hanya pinjaman untukmu
tapi tahukahengkau akhirat itu kekal abadi
tiada seorangpun yang dapat mengingkarinya
itulah takdir Allah buatmu
kau harus menerima...
sudahkah kaulaksanakan janjimu?
Ohh...adakah engkau telah lupa?
janji sewaktu kau masih di alam roh
Allah berfirman: Bukankah Aku Tuhan kamu?
dan kau telah bersumpah di hadapan-Nya
kau lupa ya wahai diri
kini kau ingkar
kau sombong
kau rasakan tiada yang memerhati
padahal DIA ada melihatmu
setiap waktu
setiap tempat
tidak pernah DIA lupa akan dirimu
tapi...
kau lalai wahai diri
setelah DIA kurniakan pelbagai nikmat buatmu
namun kau tega mengenepikanNya dalam hidupmu
kau buta dengan kehidupanmu
serba mewah dengan kejayaan yang bertimpa
tingginya egomu...
sedangkan kau tahu daripada SIAPA
semua yang kau peroleh
Namun...
kau hanya berpaling dari kebenaran
kebenaran yang datang dari Rabbmu
kau sering tidak puas
kau selalu harapkan
Allah memberimu nikmat yang bermacam-macam
tapi.....
adakah kau fikir segalanya percuma?
Ya...benarlah semuanya percuma
tidak perlu kaubayar dengan
wang yang ada di bank simpananmu
tapi renunglah dalam ayat-ayat suciNya
pasti kautemukan kehendak Rabbmu
pantaskah hanya kau saja yang meminta?
telah disebut dalam kitab suci itu
Allah telah membeli JIWA-JIWAmu
dan HARTA-HARTAMU dengan menghadiahkan
SYURGA untukmu
fahamkah engKau maksudnya?
Rabbmu ingin memberi syurga untuk dirimu
tapi...
kau harus jualkan JIWAmu dan HARTAmu
sudahkah dirimu laksanakan?
Syurga itu mahal wahai diri
Cukupkah hanya dengan amalan FARDHU?
kutahu kau cukup baik
kau tambah amalmu dengan sunat NAWAFIL
Namun...
itu belum cukup,
habis tu...
APA yang masih belum
menepati jawapannya?
Renunglah semula tujuan engkau diciptakan
engkau kan ULULALBAB...?!
2 comments:
tersentuh umy baca post nie.
terima kasih nuri.
smoga sama2 kita tsabat.
doakan umy ye.
:)
Alhamdulillah Allah yang memberi sentuhan tu umy. inspirasi dr akhawat dn umy sndiri. smga diri ini bkn hanya pndai mnaip, tp jg mngamalkn. Insya Allah sama2 kita tsabat dan kuatkn antra satu sama lain. sentiasalah ingat ayat al-kahfi:28.
Post a Comment