Telah tertulis dalam suratan takdir Ilahi, jodoh dan ajal mautnya seseorang yang kian menjemput. Kini 24 tahun sudah fasa-fasa kehidupan ini saya lalui. Antara dua perkara tadi yang masih dirahsiakan, hanya satu perkara yang benar dan pasti akan dirasai bagi tiap-tiap insan iaitu MATI. Kullu nafsin zaiqatul maut. Ini bermakna andai sahaja saya mengira umur kematian itu seperti umurnya Rasulullah iaitu 63 tahun, maka kini saya hanya punya 39 tahun sahaja lagi untuk berusaha mengumpul amal-amal kebaikan yang akan menjadi bukti tatkala dibentangkan di padang mahsyar kelak. Namun, itu hanya perkiraan yang tidak pasti, sedangkan maut itu boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja...
Maka, untuk diri saya, jadikanlah peringatan kematian ini sebagai motivasi untuk berbuat lebih banyak amal, kau harus buang segala rasa beban, rasa remah, rasa leceh yang hanya menghilangkan semangat berbuat kebaikan. Buatlah amalan-amalan yang tersembunyi, tiada pujiannya di hadapan orang. Ya, saya harus mengejar hal-hal itu.
Sudah 2 kali Ramadhan saya meraikan hari lahirnya saya di dunia...dan 2 kali ini jugalah belum menerima ucapan hari lahir tepat pada waktunya. Hakikatnya, hari lahir bukanlah apa-apa untuk dihargai orang sekeliling, namun bila adanya manusia terdekat yang mengingatinya, pastilah diri merasa dihargai. Tatkala ini hanya ucapan di muka buku yang menjadi pengubat..ohh tidak apa-apalah, mungkin refleknya pada diri sendiri juga, saya tidaklah selalu dapat mengingati hari lahir orang lain melainkan famili, kawan baik ketika kecil, dan seorang insan yang ingin dilupakan....
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.."
Ya, selalu sahaja terfikir-fikir untuk memberi hadiah pada sahabat-sahabat sebulatan gembira apabila tiba hari lahir mereka, tapi mungkin kerana menangguh-nangguh sampai terlupa terus. Rupanya tak elok menangguh-nangguh hal kebaikan, maka peluang merapatkan kasih sayang itu juga turut tertutup. Begitu juga buat mutarabbi sendiri.
Pesanan buat diri sendiri, berubahlah. Kuatkanlah slogan yang menjadi pegangan kini "Bangkitlah! Setelah kehidupan ini ada rehat yang panjang....". Teruslah menyebarkan cinta. Kejarlah kematian yang baik itu dengan keistiqamahan, kerana setiap orang itu akan dimatikan dalam keadaan kebiasaanya, jika hidupmu banyak perjuangan dan pengorbanan, maka in shaa Allah, mati juga di tempat itu. Ya, pastilah Al-Mautu fi sabilillah ASMA AMANINA!
Showing posts with label Spirit. Show all posts
Showing posts with label Spirit. Show all posts
Monday, July 29, 2013
Monday, May 27, 2013
Antara 2 pilihan
Pastinya, saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang mahasiswa ialah bertukar statusnya sebagai seorang graduan. Ya, saat-saat itu semakin hari semakin hampir dan saya akan menduduki peperiksaan terakhir pada tanggal 6 Jun 2013 ini dengan subjek yang sedikit sebanyak membuka wawasan pemikiran saya dalam bidang usul Fiqh...Subhanallah, ilmu Allah itu sungguh sangat berharga.
Namun, banyak juga kegusaran dan kebimbangan yang sering terpaut di minda, sudah pastilah banyaknya persoalan-persoalan yang menanti kelak, dan tak perlu juga untuk tunggu, sudah terdengar lisan-lisan yang aktif bicaranya. Soalan-soalan biasa, lepas ni nak sambung master? nanti nak minta kerja di mana? bila nak kahwin, sepupu-sepupu dah 2 orang, next siapa pula....tuttt? Huh, perlukah saya menjawab semua persoalan ini dengan pengharapan? atau matlamat yang telah jelas? atau berserah kepada Allah? Apa-apa pun pastinya tawakkal ala Allah, kerana saya hanya akan berusaha mencari jalan-jalannya dan hanya Allah Penentu pilihan yang terbaik.
Usai sudah beberapa walimah akhawat tercinta, yang kini sudah bertukar milik.....huhu sungguhpun merasakan duka kerana status dahulu tidaklah lagi sama dengan sekarang, komitmen mereka juga perlunya melebihkan suami, namun saya tumpang menangis gembira dengan rahmat Allah buat mereka kerana sudah ada yang menjadi peneman kehidupan dan pendokong di jalan ini... In shaa Allah saya yakin buat akhwat yang sudah benar-benar mewakafkan dirinya pasti tidak akan meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini kerana KITA sudah mendapat manis pahitnya, kita sudah banyak menyaksikan pertolongan Allah kepada mereka yang terus berjuang.
Bicara soal pernikahan, bukanlah untuk saya berharap kerana saya tahu Allah akan memberikan yang terbaik buat hamba-Nya dan Dia akan memberikan hal yang diperlukan hamba-Nya bukan kehendak mereka sendiri. Siapa sahaja tidak akan terasa, bila umur semakin berkurang, sekian ramainya pula sahabat dan saudara mara membina keluarga mereka, pasti ada juga terselit keinginan ke arah itu, tetapi hanya menunggu masa. Berbaik sangka pada Allah... dan saya hanya meletakkan 2 pilihan dalam rencana kehidupan ini, antara berkomitmen dalam jemaah dan beroleh pendokong (suami dai) atau berkomitmen tanpa pendokong itu sehinggalah kedua-dua pilihan ini akhirnya bertemu hanya untuk SYAHID fi sabilillah. Tentang ini saya ingin berbicara pada Pemilik saya dulu, kini dan selamanya:
Mujahidah Palestina dan Syams, mereka beroleh kesyahidan yang mulia, mereka beruntung dikurniakan jalan kesyahidan di medan jihad........ buat jiwa saya, teruslah meniti jalan dakwah ini kerana dirimu sudah menyaksikan kebenarannya, dirimu juga sudah meyakini jalan ini satu-satunya yang akan menjamin kesyahidan perjuangan di medan dakwah! Ya Rabb, aku mengimpikan syahid itu. Bantulah aku, perkenankanlah! Kuatkan aku, fahamkan aku, gerakkan segala yang kumiliki untuk jalan ini....Amin.

Ya Allah
aku mungkin bukan hamba yang baik
selalu sahaja kalah dalam mujahadah
terkadang juga melebihkan hal lain berbanding suruhan-Mu
Ya Allah
aku benar-benar meminta syahid di jalan-Mu
jauhkan aku dari "title" si syahid yang tidak ikhlas itu
aku tidak ingin diheret sepertinya
kerana dia syahid atas perjuangan yang dibangga-banggakan gelarannya
Ya Allah
andai kehidupan ini cinta si "dia" menjadi milikku
janganlah letakkah cinta ini dalam fitnah
kerana aku mahu si dia itu melebihkan-Mu daripadaku
Ya Allah
bicara ini bukan ingin kutunjuk-tunjukkan
hanya curahan rasaku agar dapat kujadikannya inspirasi
saat aku hilang pedoman dan mula bersangka buruk
Ya Allah
andai coretan maya ini ada pembacanya
semoga bicara aku tidak membawa fitnah pada yang lain
Mujahidah Palestina dan Syams, mereka beroleh kesyahidan yang mulia, mereka beruntung dikurniakan jalan kesyahidan di medan jihad........ buat jiwa saya, teruslah meniti jalan dakwah ini kerana dirimu sudah menyaksikan kebenarannya, dirimu juga sudah meyakini jalan ini satu-satunya yang akan menjamin kesyahidan perjuangan di medan dakwah! Ya Rabb, aku mengimpikan syahid itu. Bantulah aku, perkenankanlah! Kuatkan aku, fahamkan aku, gerakkan segala yang kumiliki untuk jalan ini....Amin.
Wednesday, September 21, 2011
Hammasatissyabab
I'm coming for this semester
with new spirit
with more itqan
with both full time student
and
full time as A PREACHER.
Allah will guide us to HIS Siraatal Mustaqim.
Subscribe to:
Posts (Atom)