Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Antara 2 pilihan

Pastinya, saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang mahasiswa ialah bertukar statusnya sebagai seorang graduan. Ya, saat-saat itu semakin hari semakin hampir dan saya akan menduduki peperiksaan terakhir pada  tanggal 6 Jun 2013 ini dengan subjek yang sedikit sebanyak membuka wawasan pemikiran saya dalam bidang usul Fiqh...Subhanallah, ilmu Allah itu sungguh sangat berharga. 

Namun, banyak juga kegusaran dan kebimbangan yang sering terpaut di minda, sudah pastilah banyaknya persoalan-persoalan yang menanti kelak, dan tak perlu juga untuk tunggu, sudah terdengar lisan-lisan yang aktif bicaranya. Soalan-soalan biasa, lepas ni nak sambung master? nanti nak minta kerja di mana? bila nak kahwin, sepupu-sepupu dah 2 orang, next siapa pula....tuttt? Huh, perlukah saya menjawab semua persoalan ini dengan pengharapan? atau matlamat yang telah jelas? atau berserah kepada Allah? Apa-apa pun pastinya tawakkal ala Allah, kerana saya hanya akan berusaha mencari jalan-jalannya dan hanya Allah Penentu pilihan yang terbaik.

Usai sudah beberapa walimah akhawat tercinta, yang kini sudah bertukar milik.....huhu sungguhpun merasakan duka kerana status dahulu tidaklah lagi sama dengan sekarang, komitmen mereka juga perlunya melebihkan suami, namun saya tumpang menangis gembira dengan rahmat Allah buat mereka kerana sudah ada yang menjadi peneman kehidupan dan pendokong di jalan ini... In shaa Allah saya yakin buat akhwat yang sudah benar-benar mewakafkan dirinya pasti tidak akan meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini kerana KITA sudah mendapat manis pahitnya, kita sudah banyak menyaksikan pertolongan Allah kepada mereka yang terus berjuang.

Bicara soal pernikahan, bukanlah untuk saya berharap kerana saya tahu Allah akan memberikan yang terbaik buat hamba-Nya dan Dia akan memberikan hal yang diperlukan hamba-Nya bukan kehendak mereka sendiri. Siapa sahaja tidak akan terasa, bila umur semakin berkurang, sekian ramainya pula sahabat dan saudara mara membina keluarga mereka, pasti ada juga terselit keinginan ke arah itu, tetapi hanya menunggu masa. Berbaik sangka pada Allah... dan saya hanya meletakkan 2 pilihan dalam rencana kehidupan ini, antara berkomitmen dalam jemaah dan beroleh pendokong (suami dai) atau berkomitmen tanpa pendokong itu sehinggalah kedua-dua pilihan ini akhirnya bertemu hanya untuk SYAHID fi sabilillah. Tentang ini saya ingin berbicara pada Pemilik saya dulu, kini  dan selamanya:

Ya Allah
aku mungkin bukan hamba yang baik
selalu sahaja kalah dalam mujahadah
terkadang juga melebihkan hal lain berbanding suruhan-Mu

Ya Allah
aku benar-benar meminta syahid di jalan-Mu
jauhkan aku dari "title" si syahid yang tidak ikhlas itu
aku tidak ingin diheret sepertinya 
kerana dia syahid atas perjuangan yang dibangga-banggakan gelarannya

Ya Allah
andai kehidupan ini cinta si "dia" menjadi milikku
janganlah letakkah cinta ini dalam fitnah
kerana aku mahu si dia itu melebihkan-Mu daripadaku

Ya Allah
bicara ini bukan ingin kutunjuk-tunjukkan 
hanya curahan rasaku agar dapat kujadikannya inspirasi
saat aku hilang pedoman dan mula bersangka buruk

Ya Allah
andai coretan maya ini ada pembacanya
semoga bicara aku tidak membawa fitnah pada yang lain

Mujahidah Palestina dan Syams, mereka beroleh kesyahidan yang mulia, mereka beruntung dikurniakan jalan kesyahidan di medan jihad........ buat jiwa saya, teruslah meniti jalan dakwah ini kerana dirimu sudah menyaksikan kebenarannya, dirimu juga sudah meyakini jalan ini satu-satunya yang akan menjamin kesyahidan perjuangan di medan dakwah! Ya Rabb, aku mengimpikan syahid itu. Bantulah aku, perkenankanlah! Kuatkan aku, fahamkan aku, gerakkan segala yang kumiliki untuk jalan ini....Amin.

Thursday, March 7, 2013

Musim Bunga Akhawat

Sudah semakin ramai akhawat yang sudah dan bakal melewati musim-musim bunganya. Satu petanda yang bagus kerana dakwah ini sedang menuju ke stage keduanya iaitu pembinaan keluarga muslim. Subhanallah, satu rahmat, nikmat dan kurniaan Allah yang menyatukan dua hati yang selalu menjaga dirinya. 

Saya masih terus berdoa buat akhawat yang masih mengharap pertemuan dengan bakal imamnya (termasuklah diri saya).... saya pasti sekuat dan setabah mana pun seorang akhawat itu, di sudut hatinya bersemi satu pengharapan, kerana siapa sahaja apabila dirinya bernama wanita pasti mengimpikan mujahid dan mujahidah yang bakal lahir dari rahimnya sendiri.

Kepada diri saya dan juga akhawat yang masih menanti, bertabahlah dan bersabarlah, semikanlah cinta Allah di jiwa-jiwa kita, kerana bila kita mencintai Allah, maka pemilik cinta Allah juga yang bakal kita miliki. Moganya cinta Allah melebihi segalanya.

Dalam penantian ini juga, kita harus sentiasa bersedia, melakukan sebuah persiapan, agar apabila rahmat Allah itu hadir, kita akan terus istiqomah mencintai sebuah jalan yang menyinari warna-warni hidup, kerana jalan tarbiyyah inilah kita meninggalkan jahiliyyah kepada ma'rifah, kerana jalan tarbiyyah inilah kita meninggalkan ananiyah kepada ukhuwwah, kerana jalan tarbiyyah inilah kita menjadi mujahidah muharrikah fi sabilillah.

I will always love you........my akhawat Ansarullah. 

Friday, January 20, 2012

TI-CU YANG SEM-O


Cuti yang osem
bila masak-masak osem bersama akhawat
[terpengaruh dengan APG]

Begini ceritanya...
semalam ada terbaca sebuah hadith dalam majalah SOLUSI 

Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, 'Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'
"Allah berfirman, 'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.' Kemudian mereka mendatangi sauda)ranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.'

"Allah berfirman: "Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: ' Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)."

(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)

sangat terkesan dengan hadith ini
perbincangan utamanya ialah tentang iman, walaupun sedikit tapi ia mampu menjadi pelepas dari azab neraka.

YANG SAYA TERSENTUH
ialah perbicaraan tentang sahabat
bilamana mereka yang telah mendapat syurga
tidak lupa pada sahabat yang pernah berjuang bersama
mereka sanggup berbantahan di hadapan Allah
sanggup merasai bahang panasnya neraka
hanya kerana mahu membela SAHABAT mereka!
Subhanallah...



inilah sebenarnya yang dijanjikan Allah buat kita
bila melepaskan nikmat dunia hanya untuk berjuang di jalannya
biarpun jumlahnya sedikit
tap merekalah SAHABAT SEJATI

Duhai sahabat (akhawat),
Mungkin saya bukanlah calon penghuni syurga
mungkin saya bukanlah orang yang boleh membela antunna
tapi saya tahu dan pasti
antunna takkan pernah lupa
bahawa kita pernah menempuh jalan ini bersama-sama


Jom lihat hasil pur-da sem-o mi-ka =)


[dapur osem]

Yang ini pula lang-du wah-khuw-u =)



[dulang ukhuwwah]

Sekian dari saya buat akhawat yang O-S-E-M. =)

Thursday, January 5, 2012

Bagaimana bisa cinta?!




Harapan kami
di akhir pertemuan ini
sudilah kiranya Engkau menatap wajah kami
kerana pertemuan ini
adalah cita-cita tertinggi selepas maligai Firdausi yang abadi

semua yang dijanjikan syurga
pastilah pengakhiran hidupnya yang Husnulkhotimah
bagaimana kami bisa seperti itu
bagaimana mahu menjamin diri kami di pengakhiran yang baik ini?

Jawapannya hanya pada amal yang dilakukan
Bagaimana bisa kami mengekalkan amal soleh?

Kau jangan sendiri
jadi,
kami harus kekal dalam kafilah ini?
Ya...
bagimana kami mahu kekal jika UKHUWWAH itu sangat sulit dilakukan?
kerana yang sulit itulah jawapan untuk liqo'mu nanti

orang yang berkasih sayang itu
hanya orang yang diberi rahmat oleh Allah
dan mereka ini ialah orang yang BERIMAN
dan orang yang beriman itu
sentiasa menjaga keTAATannya kepada Allah dan Rasul

maka kami harus pertahankan ruh ukhuwwah ini
kerananya, kami bisa berjumpa dengan RABBULJALIL

Kami rindu Allah
bagaimana bisa kami katakan ini?

kau rindu bila kau ada CINTA
bagaimana kami bisa cinta kepada-Nya?
orang bercinta bila dia kenal orang yang dicintanya
jadi 
kami harus mengenal Allah

bagaimana bisa kami cinta bila Allah itu Pemarah?
bila kami salah, hanya hukuman dan bala sahaja dibalas

cukuplah,
kau kenal Dia dengan satu sifat yang tidak selayaknya
sedang Pada-Nya ada 99 nama
pernahkah kau dengar?
bila Dia cinta hamba-Nya maka dia akan diuji
maka setiap ujian yang kau timpa
tanda bertambahnya cinta-Nya
jadi
kami harus katakan ini
cinta Allah telah menghampiri
sejak di awal kesempitan yang kami hadapi

maka HUSNUZZHON itu perlu ada
kerana Allah bilang
Ana 'Inda Zhonni Abdi Bii

bagaimana mahu rasa bahagia bila bercinta?
kami harus TADHIYYAH
bukankah bahagia bila kau bisa memberi sesuatu
khasnya buat yang tercinta
jadi
cinta perlukan pengorbanan
dan ini merupakan janji kami pada YANG TERCINTA


*sisipan dari Mahabbatullah oleh Pak Marfendi (Padang, Sumatera Barat Indonesia 180411)



Sunday, December 4, 2011

Cinta yang didambakan...





Kemanisan iman itu hadir bila....


Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda : Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. [Bukhari & Muslim]



Ukhuwwah Islamiyyah itu menyeru kamu agar.... 


Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit. [Bukhari & Muslim]



Kamu hendaklah melebihkan dia kerana....


Dari Anas ra, katanya Nabi saw bersabda : “Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya dan manusia umumnya.” [Bukhari]



Sungguh rugilah kamu bila...

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". [H.R. Abu Daud] 



Kamu sangat bertuah bila...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
"Allah swt berfirman : "Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya. Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (HR Bukhari)


~tiada cinta lain lagi yang didambakan bila Dia telah menjanjikan ini buat sang hamba.....


Wallahu'alam~ ^_^