Thursday, December 23, 2010
Fastabiq....
Sukanya kamu bermadah ya. Beginilah, sekarang saya ceritakan tapi tidaklah sedetail mana ya. Pada hari ini, saya diperdengarkan beberapa hadith yang menyentuh tentang amalan ringan yang membawa ke syurga. tak dapat saya quotkan betul2 hadithnya tapi penerangannya begini, hadith pertama berkisah mengenai seorang hamba Allah yang meminjamkan kambingnya untuk diperah susu oleh orang lain, hadith kedua pula mengenai 2 orang yang mempunyai bekas air, salah seorang dari mereka penuh airnya tapi seorang lagi kosong dan orang yang penuh airnya itu menuangkan airnya ke bekas air orang kedua.
Jika dilihat pada kedua hadith ini, terdapat satu muwasofat yang ingin saya kupas di sini iaitu Nafi'un lighoirihi. Sebenarnya, saya sendiri tak menyedari hal sekecil-kecil yang dilakukan dalam kehidupan seharian mampu menempatkan kita di syurga kelak. Subhanallah hari ini Allah telah memberi pengajaran berguna dalam hidup saya.
Tabiat kebiasaan saya ialah suka melihat orang lain mendapat manfaat yang sama dengan apa yang saya perolehi. tapi hari ni, sedikit sebanyak saya telah menyimpang dari tabiat kebiasaan. Kalau difikir-fikirkan, perkara ini sangat remeh, tapi sebenarnya mungkin ianya memberi impak yang besar terhadap orang lain.
Menurut hadith tadi, subhanallah, mulianya hati hamba Allah yang meminjamkan kambingnya itu. Niatnya bukanlah kerana takut hartanya berkurang jika diinfaqkan saja kesemua kambing itu tapi, dia merasakan bahawa jika kambing itu dipinjamkan untuk diperah susunya, maka ramai orang yang boleh memerah dan meminum susu dari kambingnya, sebaliknya jika diinfaqkan saja kambing, berkemungkinan org yang menerima sedekah ini tidak terlintas untuk berbuat sepertinya. Nampak saja amalan ini bukanlah berat tapi mmpu membawa kita ke syurga.
Saya akui bukan mudah untuk itsar terhadap orang lain. Syaitan akan sentiasa membisikkan sifat tamak dalam jiwa kita. Bagaimana ya, sesuatu yang amat kita perlukan, tetapi apabila melihat si sahabat turut memerlukannya, kita dengan senang dan rela hatinya memberikan ia? Tapi inilah kaum Ansar yang harus kita contohi. Lihatlah dalam surah al-Hasyr: 8-10.
"Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. "
"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung "
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."
Seharusnya kita sentiasa bersaing, bukan kerana harta, bukan juga jawatan yang menjadi idaman, sebaliknya persaingan ini adalah persaingan bersih dari hati2 busuk, persaingan yang memperoleh redha Ilahi. Apa yang dikejar kini bukan lagi hal2 dunia yang mengalpakan, sebaliknya persaingan sihat memperoleh redha dan cinta Ilahi. Fastabiqul khairat......kalam yang simple tapi sukarnya dizahirkan dalam bentuk amal.
Friday, December 17, 2010
Mimpi...
Memoir lama menjengah kembali, di kala zaman itu, di suatu sudut dunia, pernah mereka bermimpi. Mimpi yang bukan angan-angan khayalan tapi, mimpi yang ditafsir dengan amal yang berterusan dan penuh keyakinan. Mereka bukanlah ahli politik yang berkempen untuk menguasai suatu daerah, mereka juga bukanlah insan2 yang kaya harta dan wang ringgit, mereka hanya pemuda-pemudi yang biasa di pandangan orang, tapi Subhanallah hakikatnya mereka luarbiasa.
Mereka ialah pemuda yang berjuang atas satu nama. Nama yang pernah dijulang-julang suatu ketika dahulu. Mereka cuba mengembalikan kegemilangan nama itu. Dengan penuh itqan, mereka bergerak menyampaikan nama itu. Harapan hanya satu, semoga nama itu kembali menghiasi dunia. Nama itu kembali menyucikan kembali kekotoran dunia. Ya, Islamlah yang dilaung-laungkan mereka.
Perjuangan mereka bukan mudah. Mereka pernah dihina, mereka pernah dipandang serong. Bagi mereka, jalan yang susah itulah jalan yang benar. Jika masih merasa selesa dalam perjuangan, perhatikanlah kembali atas apa perjuangan ini diteruskan.
Kini, mereka sudah mampu mengukir kuntuman basmah ceria. Namun mereka masih belum selesa dengan keadaan itu. Selagi langit belum runtuh. selagi bukit masih berdiri megah, selagi matahari belum berubah arah kemunculan, mereka tidak akan berhenti merasai pahit-getir liku perjalanan yang dilalui. Biar saja dikatakan rigid, biar saja dikatakan militer, asal jiwa terasa aman, hati terjaga kesucian, perjalanan yang ditempuh sentiasa di landasan yang benar....insya Allah.
Monday, December 13, 2010
Tarbiyah dan diriku
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang tidak pernah memungkiri janji hambaNya. Syukur alhamdulillah, semester lepas yang dikatakan agak mencabar untuk diriku telah berjaya kutempuhi. Semester yang banyak menguji keyakinanku terhadap Allah. Juga keyakinanku terhadap jalan juang yang dipilih ini. Moga Allah terus memberi kekuatan dan kemahuan yang kuat juga keikhlasan dalam hati. Doaku kali ini agar Allah meleburkan rasa cintaku terhadap dakwah.
Sepanjang menempuh masa pentarbiyahan, Allahlah yang banyak menunjukkan jalan. Sedangkan aku bukanlah insan yang punya azam dan tekad. Walaupun memahami dan menyedari tanggungjawab dan tujuan perjalanan hidup, tetapi hatiku tetap belum ikhlas sepenuhnya menerima. Syukurku sekali lagi, berkat doa ummi dan abah diri ini terus kugagahi melangkah perjalanan yang dikira tidak pernah lagi sampai di hujungnya. Aku terus berusaha menanamkan keyakinan terhadapnya.
Begitulah tarbiyah, menjadikan seseorang sentiasa merasa kurang. Bukan kekurangan yang membawa kepada kehinaan, sebaliknya kekurangan yang dirasakan diri ini harus sentiasa tidak merasa sudah baik atau cukup. Juga merasakan diri ini perlu sentiasa bersama akhawat agar iman tidak luntur. "kambing yang keseorangan sangat mudah dimakan oleh serigala". Ku berpegang dengan kata-kata ini. Simple tapi penuh makna. Bila diri sendiri, sangat mudah iblis mengarahkan konco-konconya menghasut, lebih2 lagi dengan kerjasama nafsu ammarah yang sentiasa membawa kepada kesesatan.
Kukatakan sebelum ini, tarbiyah mengajar kita menjadi SESEORANG. Masih belum kurungkai sebab musababnya dan makna yang tersirat. Kata-kata ini kuambil dari insan yang banyak berjasa di awal pentarbiyahanku. SESEORANG yang dimaksudkan ialah insan yang sedar, insan yang optimis, insan yang punya kemahuan kuat, insan yang yakin bahawa daripada-Nya lah dia datang dan kepadaa-Nya jualah tempat dia kembali, insan yang tidak mudah terperangkap pada jerat2 syaitan, insan yang tinggi pengorbanan dan keikhlasannya terhadap jalan Allah, insan yang memperjuangkan jalan juang Rasulullah, insan yang tidak pernah menyayangi dirinya lebih dari cintanya terhadap saudaranya.............
Jalan hidup ini panjang dan kita tidak keseorangan, Allah sentiasa melihat, Malaikat maut juga tidak berhenti menjenguk. Masa itu akan tiba. Tidak akan ada sesiapa yang boleh terlepas. Tahun baru hijrah ini harus kukerahkan seluruh jiwa, hartaku. Harus kututup buku lama hidupku dan menggantikannya dengan buku baru. Perlu kufahami makna hijrah sedalam-dalamnya. Semakin ku rasakan jalan yang ditempuh susah, semakin kuatlah keyakinanku terhadap jalan ini.
Iman, ada masanya meningkat, ada masanya berkurang. Bila berkurang, bukan alasannya untuk menjauh dari akhawat. Allah berfirman dalam kitabNya:
Thursday, December 2, 2010
Engkau kan Ululalbab ?!
Duhai diri
renungkanlah tujuan penciptaamu
adakah kau hanya dicipta sia-sia
atau dirimu sendiri yang berbuat begitu
Sedarlah...
dunia ini hanya pinjaman untukmu
tapi tahukahengkau akhirat itu kekal abadi
tiada seorangpun yang dapat mengingkarinya
itulah takdir Allah buatmu
kau harus menerima...
sudahkah kaulaksanakan janjimu?
Ohh...adakah engkau telah lupa?
janji sewaktu kau masih di alam roh
Allah berfirman: Bukankah Aku Tuhan kamu?
dan kau telah bersumpah di hadapan-Nya
kau lupa ya wahai diri
kini kau ingkar
kau sombong
kau rasakan tiada yang memerhati
padahal DIA ada melihatmu
setiap waktu
setiap tempat
tidak pernah DIA lupa akan dirimu
tapi...
kau lalai wahai diri
setelah DIA kurniakan pelbagai nikmat buatmu
namun kau tega mengenepikanNya dalam hidupmu
kau buta dengan kehidupanmu
serba mewah dengan kejayaan yang bertimpa
tingginya egomu...
sedangkan kau tahu daripada SIAPA
semua yang kau peroleh
Namun...
kau hanya berpaling dari kebenaran
kebenaran yang datang dari Rabbmu
kau sering tidak puas
kau selalu harapkan
Allah memberimu nikmat yang bermacam-macam
tapi.....
adakah kau fikir segalanya percuma?
Ya...benarlah semuanya percuma
tidak perlu kaubayar dengan
wang yang ada di bank simpananmu
tapi renunglah dalam ayat-ayat suciNya
pasti kautemukan kehendak Rabbmu
pantaskah hanya kau saja yang meminta?
telah disebut dalam kitab suci itu
Allah telah membeli JIWA-JIWAmu
dan HARTA-HARTAMU dengan menghadiahkan
SYURGA untukmu
fahamkah engKau maksudnya?
Rabbmu ingin memberi syurga untuk dirimu
tapi...
kau harus jualkan JIWAmu dan HARTAmu
sudahkah dirimu laksanakan?
Syurga itu mahal wahai diri
Cukupkah hanya dengan amalan FARDHU?
kutahu kau cukup baik
kau tambah amalmu dengan sunat NAWAFIL
Namun...
itu belum cukup,
habis tu...
APA yang masih belum
menepati jawapannya?
Renunglah semula tujuan engkau diciptakan
engkau kan ULULALBAB...?!