Wednesday, November 9, 2011

Lagi-lagi tarbiyyah…T_T


Dahulu, tarbiyyah membuka lembaran ceria dalam hidupnya
Dia dilamar, dibelai manja oleh Sang Murabbi
Kala bulatan cinta menjadi tempat bermadu kasih
Dari situ dia sedar dan semakin sedar
Bahawa seorang hamba itu tidak harus merasa SUCI

 
Kesucian hanya pada Ilahi
Yang maksum hanyalah kekasih Allah
Sedang dia hanya hamba biasa
Hamba yang hidup dalam sebuah biah yang sangat baik
Dia sudah dididik bertudung sejak kecilnya
Dia sudah tahu membezakan yang putih dan yang hitam
Dia sudah sedar bahaya fitnahnya antara 2 insan berbeza
Kerana itu dia sudah merasa layaknya dikatakan dirinya SUCI

Tarbiyyah membuka rahsia dirinya
Semakin hari, semakin jelik merasakan diri
Kini dia tahu, kenapa dirinya harus tarbiyyah
Asas Islam itu telah memperjelas keaibannya
Dia sebenarnya hina, lemah di mata Sang Pencipta
Bila dia tidak mahu memperbaiki jiwa, hati dan sikapnya

 
Tarbiyyah bukan hanya sekadar memenuhi course outline
Apabila seorang lecturer berusaha sepanjang semester
Demi menghabiskan tajuk-tajuk penting dalam pelajaran
Sedang tarbiyyah itu prosesnya rumit
Penelitiannya tajam terhadap usaha dan keberhasilan
Hanya berjaya dihadam dan dicerna seorang Murabbi
Kerana itu permata yang cantik tidak mustahil kewujudannya

 
Kini, dia yang ditarbiyyah membuka bulatan cintanya sendiri
Untuk mencapai itu, prosesnya bukan mudah
Dia pernah menyalahkan tarbiyyah
Dia pernah hilang ketsiqahan terhadap pejuang tarbiyyah
Namun dia beroleh jawapannya
Bahawa dakwah tidak perlu pada sejenis daie
Yang sibuk dengan permasalahan diri

 
TARBIYYAH juga yang melontar jawapannya
Dalam bergerak tidak larinya dia dari virus-virus penyerang
Ukhuwwah yang pernah menjulang cintanya
Menghilangkan kepercayaan terhadap jalan yang diikuti

 
Tarbiyyah mengembalikannya kepada koreksi IMAN
Keikhlasan juga meruntunkan hatinya
Bisikan musuh Allah cuba diatasi
Dia kembali menatapi tarbiyyah zatiyah
Rupa-rupanya inilah sunnahnya di jalan ini
Rasa gembira, selesa bukanlah kehidupan seorang pejuang
Dia yang berjuang pasti terasa kesempitannya
Bencana luar dan dalam sentiasa menghimpit

 
Dia akui
Tiada jalan lain lagi yang terbentang
Tiada lagi arah tujuan selain mengikuti mereka yang berjuang
Melainkan dia memilih jurang hitam yang membahang panasnya

 
Moga dirinya terus tegar dan kukuh dalam medan pentarbiyyahan
Kerana dia harus menjadi pewaris bagi para pejuang
Jika lamaran ini ditolaknya
Sang pelamar tidak rugi
sebaliknya dirinya yang berdepan sejuta penyesalan
Permata-permata cantik lain akan lebih banyak lahir
Yang menanti-nanti diri mereka dilamar
Sinaran mereka indah dan berkilauan
Mereka yang bakal menjadi pilihan ANDAI DIA BERUNDUR….

*Dia yang diceritakan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tiada kaitannya dengan yang hidup atau yang telah menemui Tuhannya.

Tuesday, October 25, 2011

Hanya DIA


sudah berapa kali
boleh dikatakan hampir tersungkur
jika diikutkan rasa
sudah lama telah ditinggalkan
jika diikutkan hati
telah lama melepaskan

tercabar, tapi semakin sedar dan jelas
titik-titik kelemahan bukan lagi samar
kini masanya belajar

bagaimana mengabdi diri hanya untuk-Nya...

Monday, October 17, 2011

Akhi Ukhti

Bila sahaja seorang akh berjalan,
Sedaya upaya dirinya cuba menundukkan hati...
Sebolehnya, mahu jauh dari segala fitnah yang menggoncang nuraninya

Akh itu tahu,
Ukht adalah fitnah terbesar untuknya
tatkala dia tak upaya menjaganya
maka, perjalanan sang daie akan punah
tiada kesucian hati yang dapat dipertahankan


Ukht itu tahu,
Dia boleh jadi fitnah dalan jiwa akh
maka, dia berusaha menjauhi 
segala hal yang memberi peluang syaitan mendekati

Ukht juga memahami,
maksud ayat dari surah an-Nur:31 benar-benar dihadamnya
ukhti mahu jadi mar'ah yang suci
terhalang dari dosa maksiat fitnah sang hati

Akhi ukhti, mereka memegang panji Islam ini
bagi mereka tuntutan Islam lebih utama
kesucian hati adalah teras kemenangan



Tuntutan kekeluargaan akan tiba bila datang waktunya
akhi ukhti tahu benar ayat dari surah an-Nur:26
Jadi, mengapa harus terbit keresahan ke arah itu
Sedangkan Bilal meninggalkan dunia tanpa si mar'ah


*matlamat utama ialah Islam, Islam dan Islam....



Wednesday, September 28, 2011

Hakikat Tarbiyyah


Hingga kini, still merindukan Ramadhan. Baru sahaja Syawal melabuhkan tirainya. Semoga setiap amalan yang dibaja tatkala bulan barakah yang lalu, bakal membuah dan terus membuah. Tarbiyyah tidak pernah terhenti. Ianya akan terus bergerak, mengalir laju di perairan kehidupan. InsyaAllah, selagi Allah masih mengizinkan saya untuk terus teguh berdiri di barisan para tentera-Nya, saya akan berusaha menjadi hamba-Nya yang setia memperjuangkan kalimat haq. Biarpun pernah juga terfikir untuk berundur, pernah juga berniat untuk menjauh....akhirnya kembalilah berpegang pada ayat-ayat-Nya yang lembut memujuk bicara. Merenungi kembali hakikat penciptaan diri, semuanya kerana kelemahan sang Iman yang bertakhta di hati, yang membantutkan seluruh potensi, pemikiran, tindakan. Seharusnya, sang mujahidah kembali merenung imannya. Jangan dibiarkan ianya berterusan sakit tanpa dirawat.

Tarbiyyah itu indahnya khabar dari rupanya. Ramai orang merasakan aman dan selesanya berada di lembah tarbiyyah. Hakikatnya, tarbiyyah tidak pernah menjanjikan kehidupan dunia yang penuh keseronokan dan keselesaan. Namun, tarbiyyahlah punca lahirnya generasi seumpama Abu Bakar As-Siddiq, sahabat yang berjiwa lembut tapi tegas dengan prinsipnya. Kelembutan yang dimiliki adalah asas mudahnya hidayah Allah meresap ke jiwanya, dan ketegasannya pula mampu menggerunkan golongan murtaddin dan golongan yang mengingkari pembayaran zakat.

Para sahabat yang menyerahkan diri mereka kepada Rasulullah saw, membuktikan kerelaan mereka melayari pentarbiyyahan yang dijalankan baginda. Bukan harta, jawatan yang ditempa, malah mereka berhabisan segalanya demi satu pengharapan, BEROLEH REDHA DAN MAGHFIRAH ALLAH. Tidak pernah sekalipun terbit sesal, kerugian mengikuti jalan Rasulullah saw, perkara yang paling menjadi dambaan ialah MATI SYAHID di jalan Allah.

Sakitnya menghadapi jalan tarbiyyah kerana derita dan susahnya melenturkan hati yang telah lama bergelumang dosa dan maksiat. Bila ianya tak dijaga sepanjang pentarbiyyahan, itulah ujiannya yang membebankan jiwa dengan kesempitan rasa dan kemudian, terluahnya bicara diri yang mengatakan tidak layak untuk duduk bersama sahabat-sahabat seangkatan. Akibatnya, diri mengatakan sendiri "Aku telah futur".

Cubalah renungi kembali, saat ucapan futur itu diluahkan, adakah telah hilang semua rahmat Allah dari kehidupan? "Sudah, aku harus keluar dari tarbiyyah ini. Hadirnya aku hanya mencacatkan tarbiyyah sahabatku yang lain..." mudahnya mengucapkan kata pengunduran. Langsung diri tak menghargai pengorbanan para masyayikh, dengan hanya mahu terlepasnya diri dari kongkongan pentarbiyyahan. Hasilnya, bila diri sudah terlepas, adakah juga telah terlepas dari pengawasan Allah?

Kembalilah mengkoreksi diri, jalan mana lagi yang ingin diikuti, melainkan jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Cuba fahami dan hayati kembali sirah teladan yang dikurniakan buat kita. Semoga Allah terus mengurniakan cahaya hidayah-Nya buat antum, para pejuang tarbiyyah dan harakah ini.


Monday, September 26, 2011

Learning Process


Me : Sir, could I choose the same Level 1 Class like my pass two semesters?
Mr I : Sorry, I can't give you that.
Me : Please sir, I love to handle the 'freshies' than the next level Class.
Mr I : Sister, when will you learn a new thing?!...

I've got one lesson today!
Always be prepared to be assigned as a mentor.
A preacher doesn't choose her own mad'u.
*I hope my English will be more better from time to time.
*Please guide me....